Tahniah Nazim & Amirah
Tetamu makan malam empat orang - sempat masak ini sebab tempoh hanya satu jam sahaja. Alhamdulillah
Tahniah Nazim & Amirah
Tetamu makan malam empat orang - sempat masak ini sebab tempoh hanya satu jam sahaja. Alhamdulillah
...hari ini 2 Okt. 2020 jumlah rakyat Malaysia yang dijangkiti paling ramai dalam sehari iaitu mencecah seramai 287 orang sejak mula menularnya Covid-19 pada bulan Januari. Semoga Allah pelihara rakyat Malaysia daripada pandemik Covid-19.
*** Presiden Amerika Syarikat dan isteri hari ini disahkan positif Covid-19
Sebaik-baik rawatan ialah hijama dan fasdhu (Tib Nabawi) - mohon Goggle untuk pencerahan. Kaedah seperti derma darah dan dikatakan seperti melakukan bekam 30 kali. Kak Monie dah cuba - hem hem hem dan nak tnjukkan gambar bukti (jangan kecam pula ye).
Proses mengeluarkan darah di kedua-dua kaki dan tangan sebanyak lebih kurang 100ml setiap point (100 x 4 = 400ml). Seram juga mulanya tetapi bila fikirkan cara ini juga orang derma darah Kak Monie beranikan juga. Asal memang hendak berbekam (pernah dua kali berbekam) tetapi selepas diberikan penerangan tentang kelebihan fasdhu Kak Monie pun setuju.
... Siswa Melangkah Ke IPT pada 1 Okt. 2020 pukul 9.45 malam meraikan 46 orang yang berjaya melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang dan pusat pengajian. Tahniah anak-anak Bertam. (lupa ambik gambar khalayak - mungkin sebab makanan sedap yang disajikan oleh Restoran Nan, ayam goreng, nasi goreng dan ayam spesial)
... jenama Atomi daripada pengeluar Kolmar yang mengeluarkan banyak jenama terkenal. Jenama lain memang terkenal dan harga boleh tahan. Tapi barangan Atomi ini bukan sahaja untuk rambut tetapi semua barang dari hujung rambut sampai hujung kaki tapi Kak Monie baharu cuba untuk rambut yang makin menipis. Barangan ini diperkenalkan oleh tenaga pengajar dari Giatmara Pongsu Seribu. Macam mana nak beli? Beli terus dari syarikat, Kak Monie beli dari beliau je sebab nak cepat guna. Selepas ni perlu beli online terus dari syarikat dengan perlu didaftarkan terlebih dahulu serta kod akses yang diberikan. Kak Monie belum tahu guna dan belum dapat kod akses, nanti dah habis guna mau menjerit minta tolong he he he.
Alhamdulillah selepas tiga hari penggunaan sampu, kondisioner dan tonik rambut sudah nampak kesannya. He he he mula rasa nak free hair - ya ampunnn!