... jenama Atomi daripada pengeluar Kolmar yang mengeluarkan banyak jenama terkenal. Jenama lain memang terkenal dan harga boleh tahan. Tapi barangan Atomi ini bukan sahaja untuk rambut tetapi semua barang dari hujung rambut sampai hujung kaki tapi Kak Monie baharu cuba untuk rambut yang makin menipis. Barangan ini diperkenalkan oleh tenaga pengajar dari Giatmara Pongsu Seribu. Macam mana nak beli? Beli terus dari syarikat, Kak Monie beli dari beliau je sebab nak cepat guna. Selepas ni perlu beli online terus dari syarikat dengan perlu didaftarkan terlebih dahulu serta kod akses yang diberikan. Kak Monie belum tahu guna dan belum dapat kod akses, nanti dah habis guna mau menjerit minta tolong he he he.
Alhamdulillah selepas tiga hari penggunaan sampu, kondisioner dan tonik rambut sudah nampak kesannya. He he he mula rasa nak free hair - ya ampunnn!
No comments:
Post a Comment