Tuesday, 8 March 2016

ayam masak twin

... sempena twin masak he he he


serius - sedap!




Resipi
1 ayam - potong kecil
1 biji telur
1/2 tin susu cair
3/4 mentega
7 ulas bawang putih cincang
10-15 cili padi - potong
2-3 pelepah karipole
garam, minyak

cara:
Ayam dicelup dalam telur.
Goreng ayam sampai masak.
Ketepikan ayam.
Panaskan mentega. 
Tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masuk ayam, susu, cili dan karipole.
Perasakan.

wafel 2

Resipi Ihsan Nawal


ranggup katanya


Resipi

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu makan baking powder
1.2 sudu teh garam
2 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka (buttermilk)
3/4 cawan minyak canola
2 biji telur (asing)
1/4 cawan gula
1 sudu teh esen vanila

cara:
Campur semua jenis bahan kering - asingkan.
Bekas lain - campur buttermilk, telur kuning, minyak canola - kacau.
Masukkan tepung dan kacau sebati.
Pukul telur putih dan gula sehingga gebu.
Masukkan dan adunan dan kacau.
Bakar dalam waffel maker.


jom kawin

...di Wangsa Walk, Kak Monie temankan rakan yang sedang membuat survey kerana akan menerima menantu pada Ogos nanti. Ramai pengusaha yang mengambil bahagian daripada katering, fotografi, kad jemputan, pakaian pengantin dan andaman.

Paling murah katering sahaja anggaran 1000 tetamu mencecah RM20,000 untuk dua acara, akad nikah dan majlis resepsi. Penyediaan seperti jamuan pengantin, jamuan tetamu, kambing golek, kuih-muih,  roti jala, soto atau bubur. 

Hu hu hu tak de yang murah sekarang!






antara yang dimakan - lebih lagi sebenarnya




Friday, 4 March 2016

wafel

Hari hari lahir bagi tahun 2016 sumbangan KESPA (badan kebajikan bahagian) memperuntukkan sejumlah amaun untuk membeli barang pilihan individu barang di Lazada. 

Ramai yang memilih waffle maker, asal Kak Monie berkenan magic mop tetapi bila memikirkan semasa acara sambutan nanti bos akan serahkan mop - terus tukar fikiran (he he he) malu bergambar dengan mop (teringat seketika dahulu, bos serah penyapu kepada anak buah)

KAK MONIE
kurang cantik (akan cuba lagi)


adunan disimpan semalaman



ok juga


 terbalikkan dan masak lagi


IDA


SIKIN


SUE


dengan asesori ni - mengoda


 NAWAL


Resipi:

2 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka
1 biji telur
5 sudu makan gula
100g @ 6 sudu makan mentega cair
2 cawan tepung kek (tepung naik sendirI)
1/2 cawan @ 7 sudu makan tepung jagung
2 sudu teh esen vanila
secubit soda bilabonat
secubit garam

cara:
satukan susu, telur, esen, gula dan mentega cair 
 - kacau rata sehingg gula hancur
satukan tepung
 - masuk dalam bancuhan cecair
rehatkan sekitar 15 minit atau lebih
bakar dalam
** Kak Monie kacau menggunakan whisk, boleh juga jika menggunakan blender.

***Anekdot
Jika tidak menggunakan tepung kek gantikan dengan tepung gandum dan tambah satu sudu teh baking powder dan soda bicabonat.
Jika menggunakan mentega tidak masin tambahkan satu sudu teh garam.

Thursday, 3 March 2016

aiskrim viral

Aiskrim yang sangat viral di laman Facebook.

Aiskrim Malaysia Sumi

Kak Monie sibuk jugalah dengan aiskrim dan kongsi citer benda Allah ni. Second girls minta buatkan dan hantarkan ke asrama. Peti sejuk penuh pulalah, jadi setelah dibuat aiskrim ni hantar separuh ke Lembah Keramat. Satu resipi dapat 24 batang tetapi elok jika sebatang dimasukkan 2 jeli sebab tak nampak 'jarang' kedudukan jeli dalam aiskrim.

Petang kelmarin Kak Monie hantar aiskrim kepada second girl, balut dalam plastik dan surat khabar dan masuk dalam termos. Sesampai je nampak dia tersenyum-senyum pula - rupanya dia baru order aiskrim ni daripada senior yang akan menghantar aiskrim ini sebentar je lagi - RM0.80 sebatang - haya!

Kak Monie bekalkan untuk kawan-kawannya juga - petang-petang yang panas lit-lit merasalah  mereka aiskrim viral ni!

Memang sedap


satu pek jeli tak semua warna yang ada


Resipi:
25-30 plastik aiskrim
2 pek jeli (jenama apa pun boleh)
 - jeli potong empat memanjang

bahan cecair:
1 tin susu cair
1 tin susu pekat (krimer)
4 tin air (guna sukatan tin susu)
secubit garam
- campur semua bahan

cara:
- ambil satu bekas jeli kosong
- potong sedikit bahagian bawah supaya menjadi corong
- masukkan corong ke muka plastik 
 *** corong untuk mudah memasukkan jeli dan cecair
- masuk empat jeli berlainan warna
- masuk cecair
- ikat plastik (gigit hujung plastik dengan gigi taring supaya ikatan menjadi ketat he he he)
- masuk aiskrim dalam peti sejuk
- biar aiskrim mengeras

***Anekdot
Kak Monie dapat 24 batang, di FB kata dapat 44 batang - mungkin untuk berniaga mereka cairkan lagi, nak untung maaaa!

Kita kira kosnya ye!

susu cair (RM3.55)
susu krimer (RM2.15)
jeli (RM1.05 x2 = RM2.10)
plastik (RM0.50)

JUMLAH - RM8.30

rendang ayam pucuk ubi

Kak Monie pernah buat masakan ini tetapi menggunakan ayam 'pencen'. Jika menggunakan ayam 'pencen' lebihkan santan dan pucuk ubi tidak perlu direbus dan tidak perlu dipotong, naikkan semua sekali dan masa memasaknya agak lama sekitar 1 jam 30 minit - 2 jam.




Resipi:
1 ekor ayam potong 20
2 sudu cili kisar
1 kotak santan
1 asam keping
garam
secekak pucuk ubi kayu
 - rebus sekitar 15 minit
 - perah dan potong

bahan kisar:
3 serai
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 bawang besar
1 ulas bawang putih
20 biji cili padi
2 cawan air

cara:
 Masukkan semua dan masak sehingga ayam empuk.
Jika kurang kuah tambah air.


masak lemak pisang muda

... gambar masakan dalam pinggan nasi (gambar sebenar belum dapat dimuat naik - gambar lain sila abaikan he he he)

Packing nak pi berkelah huh huh huh!


Ni baru yang sebenarnya


bahagian yang banyak hitam buang je


raut kulit tetapi ambil balik


masuk bahan kisar





Resipi:
10 biji pisang muda
 - raut dan simpan kulit pisang
 - potong 4 menyerong

bahan a (kisar):
1 bawang besar
1 bawang putih
20 biji cili padi
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
air

bahan b:
segenggam ikan bilis
1 cawan santan pekat
1 asam keping
1 knoll perasa ikan bilis
1 helai daun kunyit
air, garam

cara:
Rebus pisang dengan bahan kisar sehingga pisang empuk.
Masukkan semua bahan berbaki.
Perasakan.