Thursday, 29 June 2017

biskut 2017

... rajin setakat tujuh jenis biskut sahaja. Barang untuk membuat biskut dan kek memang agak mahal  terutama mentega tulen dan minyak sapi - Kak Monie buat biskut yang mudah dan murah he he he - kalau tak buat rasa tak raya!






biskut samperit






biskut german












biskut red pearl, green dan luv
(habiskan bahan yang sedia ada)







biskut tart terbuka







 biskut coklat kacang



biskut cornflake


tart gulung - lupa ambil gambar


Kak Monie bawa 7 biskut, 3 kerepek, 2 kacang manakala Khalifah bawa 4 biskut dan 1 balang simpul kasih.  Banyak kuih kami kan kan kan!


tart teratai Khalifah bawa


di kampung biskut dan kerepek diletakkan di dalam dulang berisi air sebab banyak semut hu hu hu


ketupat daun pisang

... pucuk daun pisang



ketupat biasa dan ketupat kacang



bungkus/balut pucuk pisang





nasi himpit pun buat - raya namanya kan!!!


Resipi:
6 pot pulut - basuh dan tos
6 pot santan
2 daun pandan
garam

- didih santan tetapi tidak sampai pecah minyak
- masukkan pulut dan masak sehingga kering
- bungkus/balut, ikat dan rebus sehingga air kering


***Anekdot
Versi ketupat kacang, rebus kacang ketupat sehingga empuk, tos dan masukkan kacang ke dalam pulut yang telah dimasak dan prosesnya sama seperti membuat ketupat.

daging rempah rose

... gule stail ganu

resipi ihsan Khalifah




Resipi:

2 kg daging
6 sudu makan rempah ROSE
15 biji bwang kecil - goreng dan ramas
4 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan tomato puri @ sos tomato
2 sudu makan gula kabung
2 cawan susu cair
1 cawan santan
4 sudu makan kicap
2 helai daun pandan
4 sekawan
2 sudu makan kerisik @ nyok gula
air
minyak sapi
minyak masak

bahan kisar:
4 bawang besar
3 bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup

- masak seperti masak gulai/kari
- atau perap semua bahan dan tumis - bahan cecair masuk kemudian.
- atau tak perlu tumis tapi naik semua atas api, nanti akan keluar minyak sebab bawang goreng dan daging akan keluar minyak.
- dan kalau malas menggoreng bawang guna bawang goreng paket yang terdapat dipasaran tapi rasa tak samalah.

***Anekdot
Menurut citer Cik - rakan beliau buat gulai ini terlupa memasukkan kerisik @ nyok gula dan apabila tersedar rakan beliau menambahnya kemudian dan hasilnya sedap malahan lebih sedap lagi lalu rakan beliau menamakannya GULE RAJA BERADU - angkat ekor sendiri kata Cik.
Menurut Cik - keresek bagi orang Ganu ialah masakan iaitu  kacang panjang yang digoreng bersama-sama organ ayam, 


nasi minyak

... nasi minyak stail Ganu



Resipi:
8 gelas beras
10 gelas air
2 gelas susu cair
4 sudu makan susu pekat
2 bawang besar - mayang
2 helai daun pandan
planta
minyak masak/sapi
kulit kayu manis
bunga cengkih
pelaga
gajus - goreng
kismis- goreng
pewarna merah

- masak seperti memasak nasi minyak 
- masak menggunakan periuk nasi elektrik
- petua apabila nasi sudah masak - keep warm buka tutup periuk biar kering wap