Monday, 15 January 2018

dangai

...dalam kuali
gambar ihsan Kak Salmah


2 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut
secubit garam
- gaul 
- leser saucepan dengan mentega
- masukkan adunan dan tekan sedikit
- tabur gula
- bila kekuningan angkat
- potong dan tangkup
- tak tangkup pun boleh 

petua kolestrol

... ihsan daripada sahabat di FB

5 labu bawang putih
2 lebar tangan halia
3 biji lemon - buang kulit
1 cawan cuka epal
2 cawan air
- kisar (perlu kisar 2 kali sebab banyak)
- masuk dalam periuk dan masak
- kacau sebab mudah hangit
- setelah agak air hampir kering
- agak nampak kuning hampir berkerak
- tutup air dan sejukkan
- setelah sejuk campur 1 cawan madu
- simpan dalam peti sejuk
- minum setiap pagi 
- 1 sudu besar campur 1/2 cawan air



Thursday, 11 January 2018

pulut kaler kuning

... sempena hari lahir bos, asal nak buat pulut kuning guna kunyit untuk makan dengan rendang, tetapi disebabkan juga permintaan untuk serawa durian,  sambal tumis, ikan kering dan kelapa dengan  itu Kak Monie kalerkannya - tetapi bila nak makan dengan ikan kering dan kelapa kurang berselera sebab mind set pulut mesti putih, tetapi bila dah makan tak boleh berhenti. Kita buat dia dan kita makan dia no hal kan?





1 kg pulut @ 4 pot
31/2 pot  air 
1 sudu kfc warna kuning cecair
- high pressure 7 minit
- tutup elektrik
- lepas wap

1 santan kotak 200 ml 
1 cawan air panas
5 sudu kfc garam halus
2 sudu kfc gula
- curah cecair dalam pulut
- tutup dengan penutup sekitar 10 minit

***Anekdot
Jika pulut jenis bijirin kecil memadai sukatan di atas tetapi jika bijirin agak besar tambah 1 cawan air, cawan matriks ye!


besdey bos

... dan Azilah
















pemberian

oleh-oleh New Zealand - Ainon


oleh-oleh Hong Kong - Yan


oleh-oleh Langkawi - Ida



Monday, 8 January 2018

Restoran Diafah

... orang belanja, kedai terletak di tingkat 1 (tingkat 1 ke 2 tak ingat tetapi di ataslah dan ada lif). Tingkat bawah terdapat kedai (pengurusan yang sama) menjual barang makanan dari Yaman agaknya... menarik juga kedainya. Ruang makan memang menepati ciri-ciri kearaban, terkesima Kak Monie bila menjejak kaki ke ruang kedai ini. 

Hemmm makanan memang sedap, Kak Monie selalu makan nasi mendy  sahaja sebab Diafah selalu menaja nasi ni di sekolah twin. Kalau lebih dapat bawa balik nasi mendy pun cukup sebab nasinya memang sedap.

Kak Monie syorkan nasi mendy - nasi memainkan peranan yang penting juga, nasinya beraroma 'asap', daging kambing lembut dan  ayamnya juga sedap. Kepada peminat kambing memang Kak Monie sangat-sangat menggalakkan menu ini, kepada yang kurang meminatinya, ayam juga sedap tetapi nasinya masih nasi yang sama dan terdapat juga pilihan menu ikan. 

Makanan lain : 
Sup kambing - hari Ahad  memang sedap,  berempah tetapi tak pasti bahan-bahannya; 
Dolma - nasi, daging, sayur dibungkus dalam daun anggur;
Baba ganoush - terung bakar lecek dengan ciri kemasaman;
Hummus - kacang kuda dengan tekstur yang sangat halus; 
Shawarma - roti bungkus ayam dan sayuran;
Samosa - inti sayur (inti warna putih hijau)
Roti yang masih panas (ala roti pita). 


Address: 45, Jalan Radin Anum, 
Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur 
Hours: Open today · 11AM–11PM
Phone: 03-9059 6237



sila abaikan model - untung tak dak orang kalau tidak tak merasa nak posing lebih-lebih


kami lambat merarau sebab Kak Monie ke kelas membuat roti dan first girl mengajar di tuisyen sehingga pukul 2.00 petang dan orang yang nak belanja bukan main seronok sebab mereka lambat sarapan  kerana menerima bihun yang diberikan oleh kak ipar - win win situation














order pun memang tahap lapar ke atau kebulur he he he


nasi mendy kambing untuk 4 orang  disertakan telur rebus dan samosa 


nasi Al-Diafah



dolma @ dolmathakia - nasi bungkus dalam daun anggur



shawarma -roti, ayam, salad, hummus dan yogurt


baba ganoush


salad


teh madu


banana shake


jus mempelam



sup kambing - limau nipis, bawang goreng dan cili kering goreng





shawarma - ayam, salad, hummus, yorgut dan roti

 

kedai di tangkat bawah yang menjual kurma, minyak zaiton, jem, buah kering, safron, minyak wangi, jus dan sebagainya













gambar ihsan Goggle - berbaloi kalau ramai


Juga dijual kambing seekor, kalau tak silap harganya RM1600 - mungkin ini iklan lama atau Kak Monie silap pandang atau kambing + nasi ...makan tak ingat harga!!!!