Monday, 22 October 2018

pemberian paling cun


Memang suka yang amat teramat sangat. Baharu juga lagi, sahabat beri kerana di bahagian pintu terdapat paip untuk air sejuk dan corong ketulan ais. Cucunya suka buka dan tadah dengan tangan menyebabkan lantai basah dan licin. Dah tinggi cucunya boleh capai bahagian buka tutup dan sahabat tak terfikir ni boleh mendatangkan masalah. Cewah dapat le Kak Monie peti sejuk idaman kalbu, lebih sikit kholbu.

Huh! rasa nak menangis bila terpandang peti sejuk ni - macam almari. Kak Monie perasan peti sejuknya memang besar tetapi tak sangka sebesar ini mungkin sebab rumahnya luas dan lapang. Seingat Kak Monie peti sejuk ini dua pintu atas bawah... memang dua pintu tetapi kiri kanan he he he

Korang suka tak kalau dapat ni! Tak lena tau Kak Monie - masalahnya ruang ke dapur ada satu bahagian ada selekoh dan bukaannya 27 inci manakala peti sejuk ini berukuran 36 x 28 inci. Nak dibawa ikut pintu belakang agak jauh, berlongkang dan peti sejuk ini berat serta berdigital. Untuk tidak mengambil risiko - alamatnya tinggal le dia di ruang tamu! Ambik kooo

TERIMA KASIH SAHABAT - CUN KAN!




pintu rahsia he he he



Ya ampun peti sejuk Kak Monie - nanti kemas bagi cun juga. Ni sebelum nanti kita tengok selepas,  itu pun kalau tuan dia rajin terlebih-lebih he he he





sampai melimpah-ruah le... tak muat nak sumbat 


ni ada lagi, nanti kicap semua dapat bilik ye


gader gegirl `82

... pada 19 Oktober 2018 di Rebung sempena perpisahan sahabat yang akan betrsara pilihan. Kami semua ni masuk kerja sama sehari pada 16 Januari 1982 (dah 36 tahun). Asal 16 orang semuanya. Kami berkesempatan bertemu Chef Ismail sebelum bersurai,  hem rezeki












 





















shakshuka





 Resipi

8 biji telur
2 biji terung panjang ungu - dadu
2 biji tomato - dadu
2 ulas bawang putih - dadu
1 bawang Holland - dadu
3 biji cili hijau - dadu
5 biji  cili padi - potong halus
1/2 sudu teh lada sulah
1 cawan air
1 sudu besar cili kisar
daun sup
garam
minyak zaiton

- tumis bawang Holland
- masukkan bawang putih dan cili kisar
- masukkan tomato 
- masukkan terung dan cili
- masukkan air dan lada sulah
- lubangkan sekitar 6-7 lubang
- masukkan telur
- tabur daun sup
- tutup kuali supaya telur masak









pemberian

.Ainon oleh-oleh Korea


 hamba Allah  - berahsia pula depa, rezeki makan je


Shidah - sempena hari lahir suami





pais patin tempoyak

ihsan Aliaa



Resipi
ikan patin
tempoyak

bahan kisar:
bawang besar
cili padi merah
cili padi hijau
kunyit
daun kunyit
serai
garam

- bakar dalm magic pan 

jumpa selepas 26 tahun

... sahabat rumah sewa sebelum kahwin - perlu cari 3 orang lagi



mi udang Jalan Duta