Monday 22 October 2018

pemberian paling cun


Memang suka yang amat teramat sangat. Baharu juga lagi, sahabat beri kerana di bahagian pintu terdapat paip untuk air sejuk dan corong ketulan ais. Cucunya suka buka dan tadah dengan tangan menyebabkan lantai basah dan licin. Dah tinggi cucunya boleh capai bahagian buka tutup dan sahabat tak terfikir ni boleh mendatangkan masalah. Cewah dapat le Kak Monie peti sejuk idaman kalbu, lebih sikit kholbu.

Huh! rasa nak menangis bila terpandang peti sejuk ni - macam almari. Kak Monie perasan peti sejuknya memang besar tetapi tak sangka sebesar ini mungkin sebab rumahnya luas dan lapang. Seingat Kak Monie peti sejuk ini dua pintu atas bawah... memang dua pintu tetapi kiri kanan he he he

Korang suka tak kalau dapat ni! Tak lena tau Kak Monie - masalahnya ruang ke dapur ada satu bahagian ada selekoh dan bukaannya 27 inci manakala peti sejuk ini berukuran 36 x 28 inci. Nak dibawa ikut pintu belakang agak jauh, berlongkang dan peti sejuk ini berat serta berdigital. Untuk tidak mengambil risiko - alamatnya tinggal le dia di ruang tamu! Ambik kooo

TERIMA KASIH SAHABAT - CUN KAN!




pintu rahsia he he he



Ya ampun peti sejuk Kak Monie - nanti kemas bagi cun juga. Ni sebelum nanti kita tengok selepas,  itu pun kalau tuan dia rajin terlebih-lebih he he he





sampai melimpah-ruah le... tak muat nak sumbat 


ni ada lagi, nanti kicap semua dapat bilik ye


No comments:

Post a Comment