...15 April - dah jadi rutin tiap pagi mesti bergambar di hadapan hotel atau di hadapan receptionis he he he. Setiap pagi ada roll call bagi menerangkan perjalanan untuk hari berkenaan dan setriap pagi sejuk!
Dundee - Aberdeen 106km/1.30 jam - Inverness 169km/2.30 jam = 4 jam, tapi berhenti rehat sambil minum kopi maka panjang sikit le. Tetapi pemandangan yang tidak menjemukan dan Kak Monie tak tidur sebab menikmati keindahan alam ciptaan Allah di negara UK.
sarapan
kebab dengan daging lebihan semalam
setiap hotel Travelodge menyediakan kopi, teh, gula dan susu uht
melawat padang golf tertua
Aberdeen
sekitar bandar
singgah tempat rehat
Tinjau dalam kedai (sebuah je di tengah-tengah jalan) sebab nak longgarkan kaki yang tegang dan menjamu mata. Banyak barang yang terdapat dalam kedai ini ada seperti dijual dalam rancangan Smart Shop di tv kita.
Bermalam di Travelodge Inverness Fairways bilik nombor 180
makan malam nasi goreng + catni mangga
lapar tahap gaban sebab tak jumpa makanan sepanjang perjalanan, hanya makan coklat Snickers
No comments:
Post a Comment