Wednesday, 16 September 2015

Hari 6 : Fort William - Penrith

...17 April
Sarapan sup daripada paket dan coklat panas cicah roti. Tak bergambar sebab petang ketika sampai dah bergambar depan kaunter hotel.



ni hah - gambar petang ketika sampai





Keluar awal untuk meninjau bandar dan pemandangan tepi laut. Laut di UK susah nak cari yang berpantai untuk mandi atau berendam kaki. Patut mereka datang ke negara kita beriya cari pantai untuk mandi atau berjemur.





Subuh sepie dah keluar







berkabus sikit!



bagus ni!


sebagai peringatan






tengok je le...macam sedap kan!


rakam je le




sambung perjalanan 







ke Stadium Bola Sepak Celtic


Maaf Kak Monie tak kenal...


Depa kata best.. Yang penting posing!















Kemudian ke Glasgow cari makan dulu. Di sini banyak kedai halal. Kak Monie beli banyak makanan - makan sambil berjalan (tak senonoh tapi sebab terlalu lapar) dan tapau untuk malam dan sarapan esoknya he he he









nasi beriani


cucur daripada sayur (tak ingat nama) nanti cari dalam nota


Samosa yang sangat sedap, inti ayam, daging atau sayur. RM3.00 satu tapi besar dan padat intinya. Kak Monie beli 6 biji kau!


beli serba dua daripada tiga inti


memang sedap


Sedang Kak Monie menunggu semua rakan berkumpul, kami berempat duduk di atas tembok tepi rumah teres dua tingkat sambil makan dan bersembang. Rupanya perbualan kami didengari tuan rumah, lalu beliau meminta anak lelakinya bertanya kami dari mana. Anak lelakinya malu lalu mereka berdua keluar dan berjumpa kami.

Keturunan India berasal dari Jelutung, Pulau Pinang - sah jumpa orang kampung. Seronok tak kira sebab boleh bersembang dalam bahasa Melayu yang beliau sendiri pun jarang menggunakannya. Beliau telah 37 tahun menetap di Glasgow. Asal datang melawat kakak yang berlajar di situ tapi sebeum balik ada `mat salah` yang jatuh hati - langsung tak jadi balik. Mempunyai sepasang anak, yang perempuan sudah berkahwin dan memeluk Islam tetapi tinggal di London.


Pisyyy - nanti cari nama dia dalam nota, ***nota lagi - tu le lama sangat baru nak memuat naik status sampai dah lupa.

Nama beliau Julie. Beliau beria-ria mengajak kami untuk minum teh tetapi kami menolak sebab kami sedang menunggu rakan-rakan lain untuk meneruskan perjalanan,


No comments:

Post a Comment