Sunday, 17 April 2016

kaler rumah

Buku belum sempat kaler lagi ye Sue KL dan Sue Kuching, Kak Monie kaler rumah dulu ye! Terpaksa kaler baharu sebab gate dah mula berkarat, lagi pun dah dekat nak raya.






paling suka sebab warna-warni



sukeee!



 rona lama


dah tiga tahun






lempeng

Nampak orang  makan ketika sedang berpuasa. Wah, macam sedap sangat! Balik rumah terus buat tiga jenis (satu ubah suai) dan berbukalah dengan lempeng (orang utara pangge lempiang). 

Jom layan - lempiang!


ayam pedas


sambal sardin + kentang 


sambal bilis


makan yeeee! 




ayam pedas

...resipi ihsan Ida.


Resipi:

5 ketul ayam
3 sudu makan cili kisar
1 bawang besar
1/2 senduk minyak
2 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan air
1 asam keping

cara:
Tumis bawang sehingga naik bau.
Masukan cili kisar, gula dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam, asam keping dan air.
Masak sehingga air kering.

Wednesday, 13 April 2016

mi rebus

...rasa nak makan mi rebus tetapi yang mudah bukan yang berat sangat bahan-bahannya (yang berat seperti santan, rempah kari, taucu, lengkuas, serai dan sebagainya). Terhasil mi rebus yang memang tak muak.


Resipi

kuah:
1/2 kilo daging - rebus
2 ketul keledek - rebus dan kisar
1 asam keping
1 senduk minyak
1 sudu makan gula
air, garam 

bahan kisar:
2 senduk cili kisar
1 biji bawang besar
3  ulas bawang putih
1 inci halia
segenggam udang kering

cara:
Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga naik bau.
Masukkan daging, keledek, asam keping dan air ikut kepekatan.
Perasakan.

asesori:
mi @ yang sewaktu dengannya
cili hijau
bawang goreng
tauge (makan mentah)
limau kasturi (saja tak beli)
sawi - celur (saja tak beli)
tauhu - goreng (nak beli tetapi dah habis)
telur rebus (sebut je tapi tak ada ye!)

bingka pandan

...@ bengkang pandan menggunakan periuk pemanggang ajaib. 

Resipi ihsan Na



Resipi

2 cawan tepung
3/4 cawan gula
1 telur
2 cawan santan
1 cawan jus pandan
  - daripada 5 helai daun pandan
garam
mentega
bijan

cara:
Campurkan tepung dengan santan.
Pukul telur dan gula.
Masukkan adunan telur dalam adunan tepung.
Sapu mentega dalam pemanggang ajaib/magic pan.
Masukan adunan dalam pemanggang ajaib/magic pan.
Tabur bijan.
Bakar sekitar 30 minit atau sehingga masak.

Tuesday, 12 April 2016

kaler

...dah sampai pesanan yang dibuat, pensel kaler. Cewah bila nak mewarna ni adik-adik!




soto

... soto bogel ye!


Resipi

1 ekor ayam - potong 4
2 pek kecil rencah sup
1 sudu makan rempah kurma
4 sekawan
1 senduk minyak
air, garam

bahan dikisar:
3 batang serai
2 inci lengkuas
2 inci halia
4 bawang besar
5 buah keras

asesori:
nasi himpit @ bihun @ mi
kacang goreng
sambal kicap
bawang goreng (tak boh - tak suka)
daun sup (tak beli)
tauge (tak beli)
bergedel (berdegil! tak buat - malas)

cara:
Tumis 4 sekawan dan bahan dikisar sehingga naik bau.
Masukkan kedua-dua rempah.
Masukkan air sekitar satu jar dan masak sehingga mendidih.
Masak sehingga ayam empuk dan keluarkan ayam.
Siat-siatkan ayam - masuk semula dalam kuah.
Didih semula kuah dan perasakan.

Wednesday, 6 April 2016

perangkap nyamuk

...dapat percuma sebab kawasan denggi paling tinggi kut he he he. Diedarkan oleh pihak surau dan bekalan untuk 30 bulan. Dah habis tak tau nak dapat stok di mana lagi. Agaknya masa tu balang pun dah rosak.


1 set balang, 30 sache ubat, 2 buah buku, 1 botol losyen & 1 cd


 ubat - macam serkam padi


30 sache ubat, sebulan satu sache


tutup dan bungkus dengan plastik hitam



boh di ceruk



losyen untuk melindungi daripada gigitan nyamuk



bubur flask 2

... cubaan kali kedua

1 cawan beras
air panas penuh flask
- simpan selama 5 jam
flask kanan ye



nasi panas boleh dimakan


campur dua cawan air dan masak 10 minit


Friday, 1 April 2016

doodle

Terima kasih Sue Kuching - dah sampai bahan untuk hilang stres Kak Monie, kononnyalah. 

Kak Monie perhatikan ramai orang bercerita tentang aktiviti mewarna buku dan kebetulan Sue Kuching muat naik posting tentang citer  'Mari Mewarnanya'  he he he

Nak juga cuba - memandangkan harga buku mewarna yang murah di Kuching banding harga di kedai buku terkenal di Keyel, kami pun (Kak Monie dan Sue Keyel) pesan/kirim serba satu buku. Nasib baiklah ada lapan buah, kalau 20 buah mau Sue Kuching beli semua 20 buku he he he. 

Memandangkan kuantiti buku yang berlambak ni, agaknya sampai pencen pun tak habis. Pensel warna pun belum ada, isy semangat dah meruap-ruap ni. 


Banyak ni je buku... nak lagi ke Kak Monie?


parcel daripada Sue Kuching


terima kasih Sue sebab layan Kak Monie


Mari kita intai apa di dalamnya... Naga ni belum warna pun dah stres. Mungkin naga ini selepas semua buku dah habis diwarnakan baru giliaq dieee he he he.



burung... tapi yang satu ni landak daun kut he he he




Sepatutnya untuk relaks tetapi nampak macam bagi lagi stres je 


Ihsan Wikipedia

doodle is a drawing made while a person's attention is otherwise occupied. Doodles are simple drawings that can have concrete representational meaning or may just be abstract shapes.

Typical examples of doodling are found in school notebooks, often in the margins, drawn by students daydreaming or losing interest during class. Other common examples of doodling are produced during long telephone conversations if a pen and paper are available.

Popular kinds of doodles include cartoon versions of teachers or companions in a school, famous TV or comic characters, invented fictional beings, landscapes, geometric shapes, patterns and textures.

Etimology


The word doodle first appeared in the early 17th century to mean a fool or simpleton. It may derive from the German Dudeltopf or Dudeldop, meaning simpleton or noodle (literally "nightcap"). It is the origin of the early eighteenth century verb to doodle, meaning "to swindle or to make a fool of". The modern meaning emerged in the 1930s either from this meaning or from the verb "to dawdle", which since the seventeenth century has had the meaning of wasting time or being lazy.

The meaning "fool, simpleton" is intended in the song title "Yankee Doodle", originally sung by British colonial troops prior to the American Revolutionary War.

hobi baru first girl

...nak sangat-sangat, hutang bayar ansuran kat Kak Monie leee. Sebelum ni menjahit, lepas ni apa pula ye!



jaga elok-elok


pemberian

Mac 2016
ole-ole dari India yeeeh baju raya



 Gee - nasi dagang


Ainon - sardin


Siti - asam kandis


surau - rendang


bubur pulut hitam



Kak Maz - kuih cara 



masak apa?

Mac 2016

rendang ayam pucuk ubi kayu


masak lemak pisang muda



rendang ayam hijau muda


wafel


ayam masak kujie



asam tumis ayam


set nasi rempah kabsah


...dengan air asam


...dan ayam


laksam


bendi goreng



masak kicap - kejayaan paling besar!


cok pisang


lopes de'squira 


bubur flask


coq kembung