Tuesday, 12 April 2016

soto

... soto bogel ye!


Resipi

1 ekor ayam - potong 4
2 pek kecil rencah sup
1 sudu makan rempah kurma
4 sekawan
1 senduk minyak
air, garam

bahan dikisar:
3 batang serai
2 inci lengkuas
2 inci halia
4 bawang besar
5 buah keras

asesori:
nasi himpit @ bihun @ mi
kacang goreng
sambal kicap
bawang goreng (tak boh - tak suka)
daun sup (tak beli)
tauge (tak beli)
bergedel (berdegil! tak buat - malas)

cara:
Tumis 4 sekawan dan bahan dikisar sehingga naik bau.
Masukkan kedua-dua rempah.
Masukkan air sekitar satu jar dan masak sehingga mendidih.
Masak sehingga ayam empuk dan keluarkan ayam.
Siat-siatkan ayam - masuk semula dalam kuah.
Didih semula kuah dan perasakan.

1 comment:

  1. laaa..apasai tak kasi pakai baju..dedaunan sup ka...haha..janji sedap di tekak kak...layanss..haha

    ReplyDelete