Friday, 27 January 2017

sardin noxxa II

cubaan kedua... bezanya yang ini lebihkan cili satu sudu lagi. Makerel selepas bersih rendam dengan air asam jawa.

tulang reput





Resipi:

8 ekor makerel
2 bawang besar - dadu
5 bawang putih - potong kasar
2 tomato - dadu
2 daun bay
2 inci halia - ketuk
2 sudu makan cili kisar 
2 sudu makan sos tomato 
2 sudu makan sos tiram
2 senduk sup tomato
1 sudu makan serbuk lada sulah
1sudu makan perencah Hilal
1 sudu makan gula
1 sudu makan garam halus
1 1/2 cawan air
2 senduk minyak

cara penyediaan:
- tumis bawang, naik bau masuk halia dan daun bay
- masuk cili agak garing masuk semua berbaki
- biar didih sekejap
- masuk ikan agak tenggelam
- masak 90 minit (tulang ikan jadi reput/lembut)
- jika perlu kuah pekat, keluarkan ikan dan stir fry kuah


1 comment: