Tuesday, 30 April 2019

37 TAHUN

... seramai 31 orang yang mendapat Anugerah Perkhidmatan 37 tahun untuk bulan Januari - Jun tahun ni, angka paling ramai tercatat selama ini. Kami yang sama-sama melapor diri pada 16 Januari 1982 masih bertahan seramai 7 orang daripada 16 orang.

Cadangan Che Nab untuk berpakaian sedondon  memang seronok dan mendapat perhatian ramai. Ada yang mendapat idea untuk melakukan perkara yang sama tetapi nun tahun 2021 (masa tu Kak Monie pun dah pencen).

Terima kasih kepada  Pengurusan Tertinggi DBP kerana meraikan kami dan kami juga meraikan diri sendiri, kumpulan paling lama berkhidmat ketika ini dan masih ada sedikit lagi waktu untuk terus berkhidmat.




















































Monday, 29 April 2019

pi utara

...Sabtu - Ahad 27-28 April sempena meraikan perkahwinan anak Mohd Rosli Ahmad di Parit buntar dan kemudian geng utara menyambut kehadiran semua denagn mengadakan kunjungan ke beberapa buah rumah. Makan malam dan sarapan di rumah Haji Wee dan Hajah Jah, minum pagi di rumah Ali Pak Chin dan Faridah serta makan tengah hari di rumah Habebah.

Ramai yang dapat menghadirkan diri pada hari kenuri dan juga kunjungan ke rumah sahabat-sahabat yang lain. Yang tidak dapat hadir kenuri tapi dapat hadir di rumah sahabat dan sebaliknya. Teruja bila berjumpa sahabat dan ini merupakan terapi dalam kehidupan. Kak Monie yang sakit kaki pun merasa sihat sepanjang dua hari di sana. 






Sabtu makan kenuri anak Rosli Ahmad di Parit Buntar



Makan malah di rumah Haji Wee di Baling





berdedam kuih-muih macam jamuan 200 orang





























sarapan di rumah Haji Wee lagi - pulut durian






















































minum pagi di rmuah Li Pak Chin dan Faridah di Kuala Ketil








































makan tengah hari di rumah Habibah di Sik

































 












































model madu buluh