Tuesday 30 April 2019

37 TAHUN

... seramai 31 orang yang mendapat Anugerah Perkhidmatan 37 tahun untuk bulan Januari - Jun tahun ni, angka paling ramai tercatat selama ini. Kami yang sama-sama melapor diri pada 16 Januari 1982 masih bertahan seramai 7 orang daripada 16 orang.

Cadangan Che Nab untuk berpakaian sedondon  memang seronok dan mendapat perhatian ramai. Ada yang mendapat idea untuk melakukan perkara yang sama tetapi nun tahun 2021 (masa tu Kak Monie pun dah pencen).

Terima kasih kepada  Pengurusan Tertinggi DBP kerana meraikan kami dan kami juga meraikan diri sendiri, kumpulan paling lama berkhidmat ketika ini dan masih ada sedikit lagi waktu untuk terus berkhidmat.




















































No comments:

Post a Comment