Tuesday 10 March 2020

bubur nasi noxxa

second girl perlu mencabut gigi di HKL bagi kali kedua - proses yang agak sukar kerana gigi bongsu tumbuh melintang, permintaannya bubur nasi - isi rumah yang tak sakit pun nak juga. Esok permintaan bubur masih tinggi he he he





Resipi
2 cawan beras wangi Sunwhite
2-3 keping isi ayam - dadu
2 karot - dadu
2 kentang - dadu
1 bawang besar - dadu
16 cawan air
4 cawan air panas (opsyen)
1 kiub ayam
1 sudu kfc perasa sedap maggi
1/2 sudu kecil lada sulah
2 sudu kfc garam

asesori:
lada sulah
minyak bijan 
daun sup
bawang goreng
minyak + bawang putih dadu (dimasak)

- beras dan air HP15
- lepaskan wap
- masukkan ayam, bawang, karot dan kentang
- kiub ayam, perasa sedap maggi dan garam
- LP10
- masukkan 4 cawan air panas jika perlu mengikut kepekatan

No comments:

Post a Comment