...4 Disember 2021- hadir majlis perkahwinan anak Dato Bandar di Hotel Light dengan tetamu VVIP. Kami juga diminta untuk merenjis mempelai. Risau juga dengan keadaan kaki yang kurang pantas bergerak terutama ketika menaiki tangga. Alhamdulillah beres sebab dapat naik tangga bersama-sama roommate he he he.
Pukul 4.00 petang selepas sudah segar (tidur sekejap) kami bertolak ke Kuala Sala sebab menjenguk adik ipar balik bercuti. Adik ke Sungai Petani tetapi selepas maghrib dapat juga berjumpa di rumah Abang Di. Alhamdullilah nampak Abang Di sihat walaupun agak kurus.
balik Kuala Sala 4.00 petang
Singgah makan mi di gerai Kri yang beroperasi pukul 6.00 petang. Keistimewaannya ialah mi maggi ketam tetapi hari itu ketam tidak ada yang menghantarnya (sudah dua hari tiada stok). Sedap maggi dan kuetiau sotong dan udang.
No comments:
Post a Comment