Thursday, 2 December 2021

terung goreng aisyah

Kak Monie beli dua biji terung ungu agak sudah lebih seminggu. Cadangnya nak masak shaskhuka tetapi disebabkan oleh banyak hal menu dan kesedapan masakan tersebut hanya tinggal dalam kepala sahaja he he he. Pagi tu Aisyah tanya Kak Monie nak buat apa, hem ikutlah kalau nak masak. Aisyah pun kongsilah resipi ini yang dibuat carian di internet. Kak Monie sangat suka resipi ini - nanti perlu ulang tayang lagi - yum yum yum 

gambar Kak Monie, resipi ihsan Aisyah


Resipi

terung ungu - potong kiub tidak putus
 - rendam dan tos

bahan tepung:
200g tepung gandum
5-6 sudu besar tepung jagung
serbuk perasa ayam
serbuk lada sulah
serbuk bawang putih
serbuk halia
garam
air
- bahagi dua bahagian
- satu campur air (bhg. basah) dan satu biarkan (bhg. kering)
- celup terung dalam bahagian basah
- kemudian golekkan terung dalam bahagian kering
- goreng sehingga kekuningan


serbuk cicah:
cili kering kasar (flake)
serbuk perasa ayam
lada sulah
- kisar kering
- cicah terung

No comments:

Post a Comment