... resipi mudah (atau resipi bodoh he he he). Oleh sebab demam pada 2-3 hari sebelum raya aidiladha makan nasi ayam yang sepatutnya menjadi menu utama di pagi raya tergendala. Kebetulan majlis pot luck pondok baharu di Sungai Buluh pada hari raya juga terpaksa dibatalkan sebab kaum keluarga terdekat masuk hospital - menyebabkan makanan yang ditempah iaitu nasi tomato, ayam masak merah, dalca dan jelatah pun diberikan separuh kepada kami (he he he - rezeki pagi raya).
Nasi ayam ini dibuat 27 Ogos, daun salad pun dah ada yang layu (raya aldiladha pada 22 Ogos, beli barang untuk nasi ayam 20 Ogos - lamanyeee)
Nasi ayam ini dibuat 27 Ogos, daun salad pun dah ada yang layu (raya aldiladha pada 22 Ogos, beli barang untuk nasi ayam 20 Ogos - lamanyeee)
nasi:
1 ayam - potong 12
5 bawang putih potong 2
1 inci hali
6 cawan air (agak-agak)
2 sudu besar mentega
3 sudu makan minyak masak
1 bawang besar - dadu
4 cawan beras
daun sup dan tomato (opsyenal)
- masak ayam dengan air
- air guna untuk nasi
- tumis bawang
- masuk beras
- masukkan air sup ayam
- masak dalam periuk nasi elektrik
ayam:
keluar ayam dan tuang kicap (kicap manis @ masin)
- perap
- goreng ayam
kicap:
guna kicap perap ayam + sup ayam
cili:
10-12 biji cili merah
15-20 cili padi
1 tomato
1 bawang putih
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu makan gula kabung @ gula pasir
- kisar cili, bawang dan tomato
- masak semua sehingga mendidih
assesori:
timun
salad
tomato
No comments:
Post a Comment