Wednesday, 29 May 2013

ikan yu sambal terung

Minggu layan ikan yu atau JERUNG atau JAWS! Gerun  mendengarnya!


Resipi:
5 ekor anak ikan yu
2 biji terung unggu sederhana besar
3 sudu makan cili kisar
2 biji bawang putih
1 senduk minyak zaiton
gula dan garam

- Goreng ikan yu yang telah digaul garam dan kunyit. Ketepikan.
- Celur terung. Ketepikan.
- Tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan terung dan rasa manis dan masinnya.
- Akhir sekali masukkan ikan yu yang telah digoreng.

***Anekdot
Ikan yang Kak Monie teringin sangat-sangat - IKAN PAUS! Tetapi kalau dapat ikan lumba-lumba pun tak boleh juga. Manalah nak cari haiwan-haiwan ni.

petua simpan pisang masak

...agar tahan disimpan untuk pisang yang masak ranum. Kupas kulit pisang, lecek dan masukkan sedikit tepung. Simpan di dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Boleh bertahan sehingga 5-6 hari tetapi terdapat lapisan berwarna hitam. Hanya gaulkan sahaja, adunan pisang akan menjadi cerah semula. Apabila hendak menggunakannya, tambah lagi tepung dan bahan lain seperti gula, kelapa dan sebagainya. 

Boleh buat cucur kodok pisang, lempeng pisang dan kalau ditambah santan boleh dibuat lepat dan pisang lengat (rajin boh dalam daun pisang...malas lambak dalam loyang - tu je bezanya).



microplane

...orang Melayu panggil sagat atau penyagat. Hadiah daripada adik Kak Monie yang selalu pergi keluar negeri. Microplane ini dibeli di London dan Kak Monie tanya harganya - 17 pound sekitar RM80.00. Perlu digunakan 80 kali baru berbaloi.



Tuesday, 28 May 2013

nasi goreng kembar

Nasi goreng kegemaran kembar, layan...


Resipi
Bahan-bahannya
6 cawan nasi
1 biji bawang besar
15 ekor udang
3 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos tiram
1/2 senduk minyak zaiton
garam

Cara-caranya
- Tumis bawang sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
- Masuk udang, sos tiram dan garam.
- Akhir sekali masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.

Hiasan
6 keping burger daging - digoreng garing.

brownies

Kak Monie masak brownies sekitar 6.00 petang tadi sebab tekak terasa nak makan yang manis-manis. Cuma ini sahaja yang tinggal dan sempat mengambil gambarnya. Sedap dimakan ketika masih panas-panas dan lebih sedap jika dimakan bersama-sama aiskrim.


Resipi
Bahan-bahannya
125 gm mentega
100 gm gula halus
225 gm tepung naik sendiri
200 gm cip coklat
2 biji telur

Cara-caranya
- Pukul mentega dan telur sehingga putih.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Masukkan tepung naik sendiri.
- Akhir sekali masukkan cip coklat.
- Bakar 150 Celcius selama 30-40 minit.


kiriman

Saudara sepupu dari Grik mengirimkan door gift sempena majlis perkahwinan anaknya. Dua botol kismis kuning dan dua botol kismis hitam setiap satu berat sekitar 100 gm serta sebekas celepa berkaki mengandungi gula-gula.Terima kasih atas ingatan.



Saba & Yogenfrozen

... di Setiawangsa, Kak Monie layan anak-anak dan juga kerana malas memasak. Sesekali melayan anak-anak sempena cuti persekolahan. Ada baki lima hari, ada macam-macam lagi yang perlu dilayan.

 besar seperti nasi tambah


kambing mandi


kambing hanith


 ayam akdah


 kambing akdah


roti lebar juga


GST dan Cukai Kerajaan - RM14.24 hem hem hem


yorgut mangga dan vanila