Sunday, 6 October 2013

Ya Habibie

.. minggu makan
kabsah



salsa


salad/sayuran


timun & yorgut


maqluba


mahfof




salah satu daripada tiga pinggan he he he


Kampung Pengantin

di Jalan Genting Klang. Baru semalam Kak Monie berkesempatan untuk hadir di tempat ini - memang cantik cuma pakirnya agak terhad. Sebelum ini pernah mendapat dua jemputan untuk majlis di sini tetapi ada saja halangannya. Tiap pagi dan petang berulang-alik di sini dan memang teringin sangat untuk melihat tempat/dewan ini..

Terletak di atas bangunan kedai/pejabat di kawasan yang agak sibuk (kebanyakan kedai makan di tingkat bawah). Ruang yang sangat luas dan sangat cantik jika majlis dibuat sebelah malam. Dapat memuat lebih 10000 tetamu dalam satu masa. Cantik dan selesa di dalam dan luar dewan. Berapa sewanya? ENTAH!

 Wedding Terrace Sky Garden, Aras 3 PV 128, Jalan Genting Klang












 












 Rosmadi & Hamidah

 

anak Puan Fatimah & Encik Hamdan
(kawan dari jemaah Al-Falaq AU4)


pisau tajam

...dekat dengan tarikh Aidil Adha biasalah baru teringat pisau yang tajam. Baru tempah pisau siramik daripada rakan pejabat tetapi katanya sebulan lagi baru dapat. Dikatakan pisau buatan dari Jepun dan Jerman paling baik tetapi harga boleh mencecah RM700 ke atas - wow!

sekadar layan gambar



Wednesday, 2 October 2013

tension dapur

... sebab tak pandai menggunakan dapur canggih ni. Masak bubur hampir hangit dan segala-galanya hampir hangus dan ada juga yang terhangus terutamanya jenis goreng.

Masak bihun goreng, bihun telah naik wap tetapi boleh dimakan terus sebab tak panas. Periuk atau kuali boleh dipegang ketika memasak di atas dapur ni tetapi makanan hanya akan panas jika ada cecair. Canggih tetapi penggunanya tak canggih. Alahai! tension


terdapat indikator suhu, cara masakan - stim, goreng, rebus dll.


mandai lagi!

...memandai-mandai (daripada kata dasar pandai-pandai) Kak Monie derhaka pada resipi ni he he he. Cerita asal SINI

Petang semalam setelah balik dari pejabat, terajin masak mandai ni, itupun setelah melihat mandai Asiah. Terbuat dua resipi pula. Terkejut campur hairan juga setelah membuka balang jeruk kulit cempedak - Kak Monie bayangkan kulit ini akan bertukar menjadi lembik-benyet, rupanya masih keras dan baunya wangi.

Apa komen isi rumah? SEDAP!

mandai versi cili padi



mandai versi cili kering



mandai + ikan bilis dengan bubur nasi


mandai setelah dijeruk lebih dua bulan
gambar semalam - getah buah agaknya


masih keras dan wangi



Resipi Mandai Versi Cili Padi:

mandai
cili padi - potong
bawang besar - potong bulat
minyak
- basuh, perah dan potong mandai kecil-kecil
- perah lagi jika masih terdapat air
- goreng cili padi sehingg layu - angkat
- goreng bawang sehingga kekuning-kuningan - angkat
- goreng mandai dengan sedikit minyak sehingga agak garing
- campur semua bahan
- siap untuk dimakan

Resipi Mandai Versi Cili Kering:

mandai
cili kering - potong
bawang besar - potong bulat
minyak
- basuh, perah dan potong mandai kecil-kecil
- perah lagi jika masih terdapat air
- goreng cili kering sehingga wangi dan keras - angkat
- goreng bawang sehingga kekuning-kuningan - angkat
- goreng mandai dengan sedikit minyak sehingga agak garing
- campur semua bahan
- siap untuk dimakan


Anekdot
Kak Monie suka versi cili kering.

Tuesday, 1 October 2013

mandai

...makanan daripada kulit cempedak yang dijeruk. Resipi orang Banjar katanya. Kawan Kak Monie yang buatkan mandai ini.

Ogos lalu, seorang kawan Kak Monie bercerita mengenai mandai dan cara membuatnya. Kebetulan seorang kawan lain baru makan cempedak malam sebelumnya. Lalu kawan tu pun menelefon anaknya supaya mengambil kulit cempedak yang telah dibungkus dalam plastik untuk dibuang. Balik dari pejabat, beliau memotong bahagian mengerutu pada kulit cempedak dan dipotong selebar tapak tangan. Di dalam balang plastik dimasukkan air suam dan garam lalu direndam kulit cempedak tersebut.

Melalui Goggle, Kak Monie dapati rata-rata menyebut kulit cempedak ini boleh dimakan selepas lima hari dijerukkan. Untuk memasaknya, keluarkan kulit cempedak sekadar yang dikehendaki, basuh dan ramas untuk mengeringkan airnya.

Cara memasak - goreng kulit cempedak yang dibasuh tadi dalam sedikit minyak sehingga kekuning-kuningan (seperti menggoreng lobak masin) dan angkat. Goreng cili kering yang dipotong sehingga garing dan angkat. Goreng bawang sehingga layu dan angkat. Campurkan kesemua bahan tadi dan siap untuk dimakan bersama-sama nasi atau bubur nasi.

Nak tau rasanya? Masam, masin dan tak siapapun akan menyangka makanan ini daripada kulit cempedak. Cubalah - sekarang ni musim cempedak.  Kalau dah mula makan maknanya kesemua bahagian buah cempedak ini boleh dimakan - isinya, bijinya dan sekarang kulitnya... mau marah lembu, kerbau he he he.

mandai 


Sebalang kulit cempedak jeruk yang diberikan kepada Kak Monie pada bulan Ogos lepas. Dah masuk dua bulan kulit cempedak ini dijerukkan. Terima kasih Azilah kerana mengusahakan proses menjeruk kulit cempedak - bagi sebalang pulak tu!

gambar bulan Ogos


Sampai hari ini Kak Monie belum cuba memasaknya (sampai dah lupa!). Insya Allah Kak Monie akan mencuba resipi ni.


TERIMA KASIH AZILAH