Wednesday, 3 February 2016

seri muka Bayah

Resipi:
KIV - panjang nak cerita













Resipi

bahagian bawah:
2 1/2 cawan pulut
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
garam

cara:
rendam pulut dan kukus
masuk dalam bekas
tuang santan dan kacau sebati
tekan dalam dulang
kukus 

bahagian atas:
5 helai daun pandan
bawang kecil
bawang putih
halia
kulit kayu manis
1/2 sudu teh jintan manis
air
garam
- semua di atas dikisar dan dijadikan 2 1/2 cawan air

cara: 1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
2 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung ubi @ jagung
garam
- semua dicampur dalam air pandan 
- kisar untuk mengelak bergentel
- panas sehingga naik wap
- tuang di atas bahan bawah ketika masih panas
- kukus sehingga masak


tapai Bayah

Resipi:
1 kg pulut - rendam
1 biji ragi - mesin

cara:
Masak air sehingga mendidih.
Masuk pulut
Apabila setengah buang air.
Masak dengan api perlahan. 
Setelah masak tebar atas dulang.
Setelah sejuk tabur ragi menggunakan pengayak.
Terbalikkan pulut dan tabur ragi.
Bungkus tapai dengan daun pisang.
Atau masukkan dalam pek plastik.
Letak di tempat agak panas.
Tutup dengan kain.
Anggaran 1 1/2 - 2 hari baru tapai 'masak'.






***Anekdot
Tapai kami tidak menjadi - payah nak cerita... Cara mudahnya kerana salah seorang daripada tetamu kami ini ada amalan tertentu yang menyebabkan 'tapai tidak jadi'. Kami telah berusaha yang terbaik - melarikan pulut ke dalam bilik tidur he he he sebaik sahaja pulut yang ditanak telah masak. 

Proses menyejuk pulut, memberi (membubuh) ragi, membungkus pulut  semua dilakukan dalam bilik tidur, sangatlah berhati-hati dan telah mengambil kira semua kemungkinan (termasuk berbisik-bisik sesama kami tentang pantang menyebut perkataan 'tapai' selama dua hari - Jumaat dan Sabtu)) tetapi tapai 'masak' cumanya 'TAK MANIS'.

Cuba fikir-fikirkan sebab dan penyebab - peningkan... Kearifan orang Melayu membuat tapai dan pantang larangnya.  Macam mana Kak Monie nak cerita kepada pihak National Geographic ye! He he he.

Resipi betul dah tetapi hasil tidak menjadi, buat pening je pikiaqqq!!


***Anekdot
Kak Monie pernah berjumpa orang lama/tua untuk projek leksikal tentang makanan. Seorang mak cik  bercerita setelah beliau mengamalkan Bismillah 6 @ Bismillah 5 (tak ingat) tapai yang dibuat tak pernah manis dan setelah beliau membaca kitab perubatan Islam yang dikarang oleh Ustaz Harun Din - terdapat kenyataan yang sama... renungkan

ayam percik Fish



perap - bawang, halia dan garam


kukus sampai masak


kuahnya - 1 kg santan
bawang dikisar



lada solok - hiris



bakar ayam





curah kuah


ulang 3 kali


Kuah yang berbaki dimasak sehingga pekat dan dipercik pada bakaran terakhir.

nasi kerabu

Masak nasi serta daun limau purut dan serai. 


asesori:
ayam percik
serunding ikan
tumis nasi kerabu
telur masin
budu + cili
timun
daun kesum
pucuk gajus
bunga kantan
kacang panjang
tauge

serunding ikan Fish

... untuk nasi kerabu ( rice to Wednesday)

Resipi:
ikan sardin 
kelapa
serai
halia - sedikit
bawang
manisan
garam

cara:
Kukus ikan dan ambil isinya.
Sangai kelapa sehingga kekuningan sedikit sahaja
Serai, bawang dan halia.
Jumlah ketiga-tiga bahan sama banyak 
Kisar food processor dan tumbuk

- malas nak tulis  he he he





kisar dan tumbuk


jumlah sama banyak



gaul dan rasa manis, masin


***Fish ni orang ye!


tumis nasi kerabu Fish

Resipi:
1 kg santan
2 biji bawang merah - kisar
1 serai - ketuk
2 sudu makan cili kisar
2 sudu manisan (gula kabung)
1 asam keping 
garam, gula

cara:
Masak santan sehingga pecah minyak.
Masuk manisan, serai, asam keping dan cili.
Rasa masin dan manisnya.

terima kasih Fish kerana kongsi resipi




***Anekdot
Mungkin salah nama - up date kemudian. Al-maklum, banyak sangat belajar dalam masa yang singkat dan serentak beberapa resipi. Faktor penyebab - usia he he he.


aiskrim Bayah

Terima kasih Bayah kerana kongsi resipi



jangan guna food processor



Resipi:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
2 susu besar ovelet

cara:
- campur semua
- putar menggunakan 'mixer ' kek selama 20-15 minit
- masuk dalam bekas
- simpan dalam freezer