1 kg pulut - rendam
1 biji ragi - mesin
cara:
Masak air sehingga mendidih.
Masuk pulut
Apabila setengah buang air.
Masak dengan api perlahan.
Setelah masak tebar atas dulang.
Setelah sejuk tabur ragi menggunakan pengayak.
Terbalikkan pulut dan tabur ragi.
Bungkus tapai dengan daun pisang.
Atau masukkan dalam pek plastik.
Letak di tempat agak panas.
Tutup dengan kain.
Anggaran 1 1/2 - 2 hari baru tapai 'masak'.
***Anekdot
Tapai kami tidak menjadi - payah nak cerita... Cara mudahnya kerana salah seorang daripada tetamu kami ini ada amalan tertentu yang menyebabkan 'tapai tidak jadi'. Kami telah berusaha yang terbaik - melarikan pulut ke dalam bilik tidur he he he sebaik sahaja pulut yang ditanak telah masak.
Proses menyejuk pulut, memberi (membubuh) ragi, membungkus pulut semua dilakukan dalam bilik tidur, sangatlah berhati-hati dan telah mengambil kira semua kemungkinan (termasuk berbisik-bisik sesama kami tentang pantang menyebut perkataan 'tapai' selama dua hari - Jumaat dan Sabtu)) tetapi tapai 'masak' cumanya 'TAK MANIS'.
Cuba fikir-fikirkan sebab dan penyebab - peningkan... Kearifan orang Melayu membuat tapai dan pantang larangnya. Macam mana Kak Monie nak cerita kepada pihak National Geographic ye! He he he.
Resipi betul dah tetapi hasil tidak menjadi, buat pening je pikiaqqq!!
Resipi betul dah tetapi hasil tidak menjadi, buat pening je pikiaqqq!!
Kak Monie pernah berjumpa orang lama/tua untuk projek leksikal tentang makanan. Seorang mak cik bercerita setelah beliau mengamalkan Bismillah 6 @ Bismillah 5 (tak ingat) tapai yang dibuat tak pernah manis dan setelah beliau membaca kitab perubatan Islam yang dikarang oleh Ustaz Harun Din - terdapat kenyataan yang sama... renungkan
No comments:
Post a Comment