Monday, 24 April 2017

Jumaat

...21 April hari makan-makan dari pagi sampai ke malam

sarapan nasi kerabu


merarau - jamuan perpisahan 





makan malam  Cosy Place





Saturday, 22 April 2017

tekak utara

...kalu dah orang utara tak leh tinggai gulai, hari-hari pun tak pa aih

resipi  SINI



gu dengan coq udang


Thursday, 20 April 2017

bila teringin

...buat dan bedal he he he, cara menggemokking dan membela badan sendiri. Apa pun makan tetap makan dan yang berbaki kita bedak-bedak kepada orang lain, biarlah kita sama-sama gemuk berjemaah kan kan kan!!!

kek mentega/butter cake 
kek bodoh je basic butter cake tetapi classic
pilih antara nak rajin atau malas


gebus-gebas macam tuan dia juga

Tuesday, 18 April 2017

gulai pisang

...rasa nak makan dah lama dok kat tekak cuma tak jumpa pisang muda. Kebetulan kawan bagi pisang nangka muda dan masak. Pisang yang masak Kak Monie buat pengat/serawa manakala pisang muda buat gulai dengan ayam dan makan sorang-sorang seperiuk.  Anak-anak tak mandang; agaknya gulai orang tua kut bagi depa he he he



tengah masak


tengah rebus pisang


Resipi:

1 ekor ayam
7 biji pisang muda - rebus sampai empuk
2 pelepah karipole
3 sudu rempah kari 
1/2 kotak santan
1 serai - ketuk
2 sudu makan kerisik
1 helai daun kunyit - carik
minyak masak, garam

bahan kisar:
1 labu bawang besar 
3 bawang putih 
1 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup

cara penyediaan:
tumis serai dan kaun karipole
masukkan rempah dan biar sampai pecah minyak
masukkan bahan yang dikisar 
masukkan ayam, jika perlu masukkan air
masukkan air dan santan
akhir masukkan kerisik, daun kunyit, garam dan pisang

Wednesday, 12 April 2017

petua cekik tulang

 gambar ihsan goggle


Kak Monie nak kongsi petua untuk menghilangkan rasa tercekik tulang yang diberikan oleh rakan; dan dia dapat petua ini daripada neneknya. Nak percaya ke tidak terpulanglah dan lagi nak tergelak pun ye juga. Ni hah caranya; kepal nasi dan ketika menelan sebut ni;

tepi oi tepi, merang nak lalu

Kak Monie tanya merang (memerang) untuk kepastian. Ye, betul sebab memerang suka makan ikan dan tak pernah tercekik tulang, he he he. Kalau memerang dengar agak-agak memerang marah tak?  Kut memerang perli balik "aku makan ikan mentah lagi". Sib baik bukan petua minta bubuh mata kail berumpan cacing dan pancing dalam tekak!

Banyak petua yang dikongsikan oleh orang ramai dan boleh dicapai melalui internet, antaranya:

bentuk dimakan/diminum:
telan nasi kepal
telan madu
telan pisang
telan roti yang disapu mentega kacang
minum air yang dibaca 3 Qul
minum minyak zaiton
minum air zam-zam
minum air dari dalam tudung periuk
minum air dari dalam senduk gulai
minum cuka

bentuk perbuatan:
baca doa Nabi Yunus
pusing pinggan nasi 3 kali sambil selawat
tarik telinga kiri dan kanan
sapu leher dengan tapak kaki kucing - ni rasa kucing pun marah, "korang makan ikan, pe hal kaki aku bersabit, agak-agaklah" ki ki ki


Tuesday, 11 April 2017

kari ikan

resipi ihsan Timah

 

beras goreng


akar daun saderi/sup


Resipi
1 ekor siakap - potong 4
3 sudu makan rempah kari daging
3 sudu beras - sangai dan tumbuk
3 sudu makan santan kotak
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 sudu teh halba campur
1 pelepah karipole
air asam jawa
2 biji tomato - potong 4
12 biji bendi
3 biji cili hijau
akar daun sup

cara penyediaan:
tumis bawang, karipole dan halba 
masukkan rempah - kecilkan api dan tunggu sampai pecah minyak
masukkan air sedikit dan masak lagi sehingga kering air dan nampak pecah minyak
masukkan beras goreng
masukkan santan dan air asam jawa
apabila mendidih masukkan ikan, akar daun sup, bendi, cili hijau dan tomato

petua kari

...agar sedap dan cantik

petua ihsan Kak Timah


antara petua memasak kari yang dikutip:

kuali yang bersih
keringkan kuali
panaskan kuali baru masukkan minyak
jangan tumis bahan yang ada jintan manis, contoh dalam halba campur
untuk ikan guna rempah kari ayam/daging dan sebaliknya
campur serbuk cili supaya warna kari lebih merah
masuk rempah serbuk jangan masuk air - biar pecah minyak baru masukkan cecair
rendam ikan dalam asam jawa agar hilang hanyir
santan perah bersama-sama asam jawa (santan ori)
celur bendi dalam air yang dicampur minyak masak
celur bendi dan cepat-cepat angkat dan rendam dalam air ais