Thursday, 13 September 2018

lemper

... baru dalam FB keluar kuih ni dan Kak Monie pun berbalas-balas dengan nitizen yang memuat naik kuih ni dan juga ramai yang menyampuk dalam FB tentang makanan ni, katanya kuih tradisi orang Jawa. Ahad lepas pergi kenuri kawin anak jiran dijamu kuih ini beserta banyak juadah lain lagi seperti kuih badak, karipap, tapai, pecal, bubur pulut  hitam dan banyak lagi tapi Kak Monie tak ingat sebab tak makan - kekenyangan kerana telah hadir kenuri kawin yang lain terlebih dahulu. Sembang dengan jiran je yang lama. Minta 2 biji lemper untuk tayang dalam blog, he he he. 

Rasa seperti pulut panggang cuma versi kukus. Inti yang ini rasa serai dan lada hitam, inti juga boleh daripada daging, udang kering dan lain-lain. Merasalah Kak Monie kuih lemper ni.






bila sawan rajin

... he he he

cili siap tumis


cili kisar


cuti panjang

...jalan ke Ikea, sakit kaki tapi gagah juga tapi pantang jumpa kerusi nak landing je



kek gula hangus untuk kawan

... yang akan meraikan pertunangan anaknya (tahniah untuk anak dan mak), hemmmm lama tak buat dan kurang skil, he he he



Resipi:

2 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh baking powder
ayak dua kali (kadang tak ayak he he he)

5 biji telur
1/3 tin krimer pekat
1 sudu teh vanila
*1/3 bar mentega (masuk dalam karamel)

karamel (sejukkan):
2 cawan gula kasar
2 cawan air panas
- tutup api masukkan 1/3 bar mentega

cara penyediaan:
- guna whisk untuk kocak telur
- masukkan tepung
- masukkan susu dan vanila
- akhir sekali masukkan karamel
- masukkan dalam Noxxa
- tahak sejam (ni tak sempat sebab tak cukup masa)
steam 20 minit
- tutup elektrik
- jangan buka tudung 
- biar dalam periuk Noxxa 20 minit lagi baru keluarkan kek
- semua sekali 40 minit

C&P

***Anekdot
paling cun bila buat kek yang ketiga, pertama  macam kedut, kedua terkena piring semasa mengubah kek - tu le bila lama tak buat, skil pun ke laut juga. Kak Monie kurang minat kek ni


pemberian





ustazah - keropok dan mempelam


Matis - nasi mandy kambing dan roti, humus dan makanan bakar campuran



Shidah - pulut kuning

Friday, 7 September 2018

pulut kaler kuning

... boh pewarna  bukan kunyit



Resipi
1 kg @ 6 cawan pulut susu jenama Angsa
 - rendam 10 minit dan tos
3 cawan air
2 sudu kfc pewarna kuning
- high pressure 7 minit
- tutup elektrik
- lepas wap dan masuk bancuhan santan
- kacau bagi rata
- tutup dan biar 15 minit dalam periuk

bancuhan santan:
1 kotak 200 ml santan
1/2 kotak air panas
5 sudu kfc garam
2 sudu kfc gula

jamuan hari lahir

... staf bulan Julai - Sept 2018 dan meraikan pelatih dari UM,