Thursday 13 September 2018

lemper

... baru dalam FB keluar kuih ni dan Kak Monie pun berbalas-balas dengan nitizen yang memuat naik kuih ni dan juga ramai yang menyampuk dalam FB tentang makanan ni, katanya kuih tradisi orang Jawa. Ahad lepas pergi kenuri kawin anak jiran dijamu kuih ini beserta banyak juadah lain lagi seperti kuih badak, karipap, tapai, pecal, bubur pulut  hitam dan banyak lagi tapi Kak Monie tak ingat sebab tak makan - kekenyangan kerana telah hadir kenuri kawin yang lain terlebih dahulu. Sembang dengan jiran je yang lama. Minta 2 biji lemper untuk tayang dalam blog, he he he. 

Rasa seperti pulut panggang cuma versi kukus. Inti yang ini rasa serai dan lada hitam, inti juga boleh daripada daging, udang kering dan lain-lain. Merasalah Kak Monie kuih lemper ni.






No comments:

Post a Comment