Tuesday, 28 May 2013

Jalan TAR

...atau Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kak Monie bawa anak lelaki kembar untuk membeli baju raya kerana mengambil peluang yang ada sebab selepas ini tiada lagi cuti persekolahan. Jom layan!







beg kartun


anak dara Kak Monie berkenan 


beli juga




ramainya 'penyelamat dunia' he he he


 Badman, Ultraman dan Spiderman


ayam hitam

Anak dara Kak Monie masak ayam hitam ni. Untung ada anak dara, sudah boleh diarah dan disuruh. Jom tengok resipi.


Resipi:
Bahan-bahannya
1 ekor ayam potong 12 bahagian
1 biji bawang besar
1/2 botol kecil kicap manis
4 sudu makan cili kisar
4 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1/2 cawan air
1 senduk minyak zaiton

Cara-caranya
- Tumis bawang besar, kulit kayu manis dan pelaga sehingga naik bau.
- Masukkan cili dan masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam, air dan kicap.
- Masak sehingga kuahnya menjadi pekat.


kek pisang

Teringin hendak makan kek pisang. Kek pisang yang terdapat di pasaran biasanya lembut dan nampak menyelerakan tetapi Kak Monie tidak berapa gemar sebab kandungan esen pisang yang agak kuat.

Sementelahan ada pisang, buatlah sendiri.




Resipi:
170 gm mentega (cairkan)
5 biji pisang emas yang ranum (lecek)
150 gm gula halus
2 sudu makan susu manis
250 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
4 biji telur
1/2 sudu teh garam
-Telur, susu manis, gula dan garam dicampur di dalam bekas dan dikacau supaya sebati.
- Ayak tepung dan serbuk penaik.
- Masuk tepung dan mentega cair berselang-seli di dalam adunan telur.
- Akhir sekali masukkan pisang yang telah dilecek.
- Bakar 170 Celcius selama 30-40 minit atau sehingga dicucukkan lidi tiada adunan yang melekat.

***Anekdot
Anak-anak Kak Monie makan bersama-sama aiskrim vanila. Memang sedap!

pengat pisang

Lama Kak Monie tak buat pengat. Kebetulan banyak pisang emas yang Kak Monie bawa balik daripada majlis yang diadakan di Dar Quran Wal Hadis, sesuai sangat dibuat pengat kerana telah masak ranum.


Resipi:
20 biji pisang
1 biji kelapa (3 cawan santan)
1 ketul gula kabung
2 sudu makan gula pasir
garam
daun pandan
- Masak gula, daun pandan dengan secawan air sehingga gula larut.
- Masukkan santan sambil sentiasa mengacau kuah agar santan tidak pecah minyak.
- Tunggu sehingga naik wap daripada santan.
- Akhir sekali masukkan pisang dan garam.
- Rasa manisnya, jika perlu tambah gula pasir.

***Anekdot
Lebih sedap jika disimpan di dalam peti sejuk. Jika suka tambah sagu mata ikan tetapi lebihkan santan agar kuah tidak menjadi terlalu pekat.

Monday, 27 May 2013

Acara Puspanita

Puspanita Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Pertandingan Memasak Lauk-Pauk dan Kuih-Muih Tradisional pada 17 Mei 2013 lalu. Kak Monie tidak ketinggalan untuk turt serta dalam pertandingan ini. Kalah menang adatlah kata orang tetapi Kak Monie ingin mengetengahkan resipi tradisional dari Kedah.

Antara beberapa gambar lauk-pauk dan kuih-muih yang dipertandingkan, selamat menjamu mata!

KATEGORI LAUK-PAUH

kerabu emping


rendang nangka muda


masak ulu


rendang serai ayam


rendang rebung


rendang jawa


asam tumis pari


sotong serai


keli


masak bali


kari kepala jenahak



masak lomak ayam menyogat


rendang pedas


sambal goreng



masak asam


ayam kicap masam manis


sambal hitam


KATEGORI KUIH-MUIH

lepat liat bunga cica


wajik


roti jala


puding roti


kuih cara


puding diraja

 
ketupat sotong cek mek su


talam berlauk


kuih lapis


apam


wajik

     
puding sagu


lepat labu


qasidah