Friday, 1 April 2016

masak kicap

Masakan paling Kak Monie tak reti. Resipi ihsan Ija, sedap kata penghuni rumah. Terima kasih Ija kerana sudi berkongsi resipi masakan paling susah dalam dunia masakan Kak Monie. Hemmm lepas ni nak cuba dengan ayam pula.

Pernah buat beberapa kali tetapi memang rasa kicap semata-mata (dah namanya masak kicap tentulah rasa kicap he he he) seperti tuang kicap atas ikan. 


 Resipi

6 ekor ikan sardin - digoreng
1 bawang besar - potong bulat
1 cili merah - potong bulat
1 inci halia - potong mancis
7 cili padi - sebiji-sebiji
1 cawan air asam
4 sudu makan kicap
1/2 senduk minyak

cara:
Panaskan minyak.

Masukkkan kicap dan masak sehingga hilang buih.
Masukkan bawang, halia dan cili.
Masukkan air asam dan masak sehingga mendidih.
Masukkan ikan goreng.



coq kembung

...atau cucur manis



Resipi
2 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk
1/2 cawan air panas
4 - 5 sudu makan gula
secubit soda bicarkonat
garam

cara:
Bancuh semua dengan air panas.
Akhir sekali curah air panas.
Minyak betul panas baharu menggoreng. 
Goreng sekitar 5 biji sahaja.

puding roti

Versi Madam, terima kasih kerana berkongsi resipi. Kak Monie dijemput unuk sarapan, eeeh bestnye kalau tiap pagi macam ni. 


Resipi untuk 3 dulang

1 1/2 buku roti panjang
1 liter susu segar
2 biji telur
1 tin buah pic
garam
kismis

cara:
Sapu mentega pada bekas pembakar.
Bancuh susu, air buah pic dan telur.
Susun roti dalam bekas.
Curah bancuhan susu.
Tabur buah pic dan kismis.
Bakar

Friday, 25 March 2016

sihat dah?

Banyak soalan yang Kak Monie terima sebab lama bercuti sakit.

Alhamdulillah sihat tetapi masih lagi terasa sakit di bahagian belakang kanan badan terutama ketika memusingkan stereng kereta.

Sepanjang bercuti sakit selama lapan hari agak menjemukan juga tetapi Kak Monie boleh melakukan pergerakan dengan  melakukan kerja-kerja pergerakan bawah seperti memasak bukan kerja-kerja pergerakan atas seperti memetik suis (betul ke ayat ni? he he he).

Alhamdulillah tangan kiri sihat untuk membantu tangan kanan.


gambar ihsan Goggle


nasi rempah kabsah

...rempah je ye! Kak Monie hentam je resipi - kita buat dia. 

Resipi ni ikut resipi nasi sedap tangan nak campak tetapi hasilnya semua isi rumah kata sedap. Rempah ni Kak Monie beli di kedai arab sekitar pasar raya Ong Tai Kim, Gombak (tak ingat kedai yang mana dah sebab ada tiga sederet dan sekarang ada kedai baru lagi tetapi berhampiran kedai mamak).


bahagian tulang paling sedap!


nasinya
musykil betul lemon hitam ni - boh je sebab ada


air asamnya


ayamnya


ikut petua - jangan hadap depa ni, nanti depa sembang


pisah lagi - nanti depa dapat kaki depa lari



AYAM

1 1/2 ekor ayam - potong 4
3 sudu makan rempah kabsah
3 sudu makan sos tomato
3 bawang besar *
1 labu bawang putih *
2 inci halia *
2 senduk minyak
garam dan air
( bahan bertanda * dikisar)

cara:
Tumis bahan yang dikisar dan masak hingga naik bau.
Masukkan rempah kabsah dan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan sos tomato.
Angkat 3/4 bahan untuk dilumur ke atas ayam.
Masukkan air anggaran untuk memasak/merebus ayam.
Setelah air mendidih masukkan ayam.
Masak ayam sehingga empuk dan angkat.
Letak ayam di atas dulang pembakar.
Sapu ayam dengan rempah yang ditumis tadi.
Kelar/cucuk ayam untuk memasukkan rempah.
Tutup bahagian atas ayam dengan foil.
Bakar sekitar 1 jam 175 darjah.
Sekitar 30 minit keluarkan foil untuk menggaringkan ayam.
(Jika perlu ayam yang garing tidak perlu tutup ayam)
(Mudah masak ayam dalam kuali)

NASI

1 kg @ 5 cawan basmati 
6 cawan air 
  (guna air rebusan ayam dan tambah lagi air)
1 bawang besar
1 sudu rempah kabsah
1 lemon/limau kering
3 helai daun bay
4 sekawan - (kayu manis, pelaga, cengkih dan lawang)
garam

cara:
Rendam basmati sekitar 30 minit.
Tumis 4 sekawan dan lemon kering.
Masukkan bawang dan masak sehingga naik bau.
Masukkan rempah kabsah.
Masukkan air dan masukkan basmati.
Masak atas dapur nasi elektrik.

laksam

Sukeeee sangat sebab terhasil laksam yang sangat cantik


...dengan asesori


persediaan... guna 2 tudung periuk


dah nampak rupa


selesai dalam masa 1/2 jam


best giler!


Sue Kuching sila jeles... he he he



LAKSAM
500 g @ 3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1250 ml @ 5 cawan air suam
secubit garam
minyak untuk sapuan
(Kak Monie guna 4 cawan air sejuk + 1 cawan air panas)

cara:
Campur semua bahan
Tunggu 30 minit baru dikukus
Panaskan air dalam pengukus
Leser minyak pada tudung periuk
Letak tudung periuk dalam pengukus
Letak 2 senduk adunan
Kukus sehingga aduan mengelembung
Angkat tudung periuk 
 - guna penyepit ye, sebab panas
Gulung ketika masih panas
Ulang lagi sehingga selesai
* tidak perlu panaskan tudung periuk

KUAH
8 ekor ikan sardin
 - rebus dan ambil isi sahaja
 - kisar isi ikan
1 bawang besar - kisar
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1/4 sudu teh halba
1 sudu teh lada hitam - tumbuk
air, gula dan garam

cara:
Masak bawang dikasar sekitar 10 minit.
 - untuk menghilangkan bau bawang
Masukkan semua bahan yang berbaki.
Ikut kepekatan masing-masing.
Jangan didih lama - santan pecah minyak.
Perasakan.
(Kak Monie suka terasa manis lebih sikit sebab Kak Monie memang manis he he he tapi jangan manis sangat)

asesori:

sambal belacan
kacang panjang
daun kesum
tauge
bunga kantan (x ada, x payah sebut)


bendi goreng tepung

Mudah sangat dan memang sedap! 


Ambil dari FB - kredit kepada tuan yang berkongsi resipi, tetapi Kak Monie dah lupa nama tuannya.



makan saja pun sedap




Resipi

10 batang bendi - potong 4 memanjang
3 sudu tepung gandum
3 sudu tepung goreng KFC
1 biji telur
minyak dan garam 

cara:
Campur kedua-dua tepung.
Pukul telur dan garam.
Celup bendi dalam telur.
Masukkan bendi ke dalam tepung.
Goreng sehingga kekuningan.