Tuesday, 26 July 2016

Wednesday, 20 July 2016

kuah lodeh tumis

Menghasilkan lontong - nasi himpit + kuah lodeh



 

Resipi

10 ekor udang
kubis
1/2 bunga kubis - potong kecil
1/2 sengkuang - potong mancis
1 karot - potong mancis
1 biji kentang - dadu
5 kacang panjang - potong serong
2 pek tempe - goreng
1 terung unggu - kiub
secekak suun
2 tauhu kering
1 kotak santan 200 ml
2 serai - ketuk
2 inci lengkuas - ketuk
minyak, air dan garam 

bahan kisar:
1 genggam ikan bilis
2 sudu makan udang kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit
7 biji cili padi

asesori:
nasi himpit (bukan asesori - wajib ada)
kuah kacang
sambal tumis
serunding
telur rebus (tak dak pun)

cara:
Goreng tempe dan angkat.
Minyak berbaki goreng serai dan lengkuas.
Masuk bahan kisar dan masak sehingga naik bau.
Masukkan air 3 cawan - masak sehingga mendidih.
Masukkan kentang, karot, bunga kubis dan tauhu kering - masak sehingga lembut.
Masukkan bahan berbaki.
Masukkan santan dan udang.


***Anekdot
Kombinasi kuah lodeh, kuah kacang dan sambal tumis memang tersangat sedap (kalau tiada salah satu memang terasa kurengnye, memang tak lengkap, buat bagi ada!). 

Agak-agak bahannya sebab Kak Monie cadangan untuk membuat sedikit sahaja lodeh tetapi hasilnya sekuali buaaakkk, sedekah kepada rumah satu lagi he he he.

Banyak lagi bahan mentah yang berbaki, hujung minggu ni... Oooiii rumah satu lagi... tunggu ye nak hantar kuah ni lagi.



Tuesday, 19 July 2016

kuah kacang ayam

nasi himpit + kuah kacang ayam




Resipi:
ayam panggang dalam Pemanggang Ajaib
kuah kacang


cara:
Kuah masak seperti biasa (kacang disangai, kisar - lengkuas, serai, halia, cili kering, garam, gula dan air asam jawa). Tumis atau rebus pun boleh.
Masukkan ayam yang dipanggang dalam kuah kacang dan perasakan. Lebihkan rasa manis.


daging pedas

...




Resipi:
1 kg daging - direbus
4 batang serai - ketuk
kicap, gula dan garam

bahan kisar:
10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 inci halia

caranya:
Tumis serai sehingga layu.
Masukkan bahan kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan daging dan masak sehingga agak kering.
Masukkan garam dan gula (lebihkan rasa manis).
Renjis kicap.

le cardon torte

... ada filing jem resberi 


nanti cuba buat


Thursday, 14 July 2016

Majlis Siaratulrahim Ke-2

9 Julai 2016
layan gambar (nanti akan dikecilkan jumlah)


dan besdey girl 





















pulut kacau/wajik Mak Cik Timah











kek 1


kek 2





kek 3





























































 
selesai