Friday, 5 August 2016

laksa

... boh serai


makan dengan coq udang


jangan lupa boh kuah


Resipi

ikan rebus buang tulang
(ikan kembung, sardin, tongkol - pilihan)
(Kak Monie guna 1 tin sardin besar, buang sos dan basuh ikan)
12 cili padi
2 sudu makan cili kisar
1 batang serai - ketuk
2 sudu makan belacan
3 bawang besar
1 Knoll bilis
3 sudu makan udang geragau / udang kepai
daun kesum
3 asam keping
garam

cara penyediaan:
Kisar ikan, cili padi, udang, belacan dan bawang.
Masukkan bahan yang dikisar dalam periuk dan masak sekitar 10 minit menggunakan api perlahan. 
Masukkan semua bahan berbaki dan air secukupnya.
Masak sehingga mendidih dengan api perlahan, biarkan sekitar 15 minit lagi selepas mendidih.


No comments:

Post a Comment