orang utara buat nasi dagang
Resipi Nasi Dagang - versi pulut
(kualiti banyak)
2 cawan pulut
6 cawan beras
1 cawan air
3 cawan santan pekat (anggaran satu pek RM3.00 guna 2 pek)
1 sudu makan halba
1 biji bawang besar
2 inci halia muda
8 sudu kfc garam halus
1 sudu kecil gula halus
cara penyediaan:
- rendam beras dan pulut semalaman
- kukus sehingga masak (terbalikkan dan sibar air)
- keluarkan dan masuk dalam besen
- campur secawan air
(ada orang masukkan santan cair)
- kukus semula
- keluarkan dan masuk dalam besen
- masukkan santan yang dicampur garam, halba, halia dan bawang
- tekan nasi sehingga mampat
- tabur sesudu gula di atas permukaan supaya berkilat
(ada orang kukus sekali lagi tapi Kak Monie kukus setelah waktu petang supaya tidak basi)
- tutup dengan tudung periuk supaya tidak keluar wap
***Anekdot
Kak Monie potong halia dan bawang agak kasar kerana isi rumah selalu kata banyak sampah!
Resipi Lauk Nasi Dagang
4 ikan tongkol
(ada orang panggil ikan kayu/aya)
25 asam keping (ikut saiz)
5 sudu rempah daging
3 sudu cili kisar
2 ketul gula kabung saiz kecil
2 sudu kerisik
3 cawan santan pekat (anggaran satu pek RM3.00 guna 2 pek)
garam
bahan kisar:
2 biji bawang besar
2 inci halia
2 inci lengkuas
belacan sebesar 2 kali ibu jari
asesori:
10 cili hijau
segenggam cili padi
20 biji telur rebus
cara penyediaan:
- rebus ikan bersama-sama asam keping sehingga tenggelam ikan
dan simpan semalaman (ada orang kukus)
- masak santan pekat sehingga menjadi minyak
- masukkan bahan kisar sehingga naik bau
- masukkan cili kisar sehingga agak garing
- masukkan rempah dan sedikit air dan masak sehingga garing
- masuk air rebusan
(ikut kemasaman air rebusan, tak perlu masuk asam keping tapi Kak Monie masukkan 5 keping)
- masukkan air jika perlu - masukkan gula kabung, kerisik dan garam
- masukkan asesori dan ikan
***Anekdot
Juga dimakan bersama-sama acar timun + nanas dan sambal ikan. Kak Monie buat acar timun semata-mata (timun, bawang besar, gula dan garam)
No comments:
Post a Comment