Kak Monie ke Melaka pada 13 April lepas kerana menghadiri mesyuarat, langsung dibawa makan asam pedas di satu tempat. Kak Monie terpanggil untuk buat asam pedas ini. Hemmm, rasa Kak Monie buat lebih sedap kut! Angkat bakul semdiri ye! Tanya Mr. Goggle dan buat pengubahsuaian kepada resipi...
sehari selepas dimasak - baru keluar dari peti sejuk
Resipi
1 ayam - potong kecil
4 sudu makan cili kisar
1 serai - ketuk
1 inci lengkuas - ketuk
1 kiub ayam
1 cawan air
4 cawan air + segenggam asam jawa
2 tangkai daun kesum
1 bunga kantan
9 helai daun limau purut
1 senduk minyak
garam
1 sudu makan gula
bahan kisar:
3 bawang besar
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 sudu makan lada hitam (flakes)
2 inci belacan
- tumis serai lengkuas dan bahan kisar
- apabila pecah minyak masukkan ayam dan kiub ayam
- masukkan 1 cawan air
- masak sehingga ayam empuk
- masukkan semua yang berbaki
- perasakan
No comments:
Post a Comment