Wednesday 13 October 2021

lepat ubi kacang dal

Kak Monie tidak pernah tahu kewujudan kuih ini, memang bukan kuih dari kawasan Kak Monie dibesarkan iaitu selatan Kedah. Nan sedekah ubi kepada Kak Monie sekitar tiga kilogram - ubi yang tidak dapat dipasarkan oleh pekebun akibat PKP.  Nan tolong pasarkan sekitar 100kg dan mendapat sambutan menggalakkan kerana ubinya agak gebu. Ramai yang ulang membelinya selepas mencuba ubi berkenaan untuk membuat kuih getuk untuk dijual. Memang sedap ubinya.

Kak Monie sedekah separuh kepada Umi dan beliau menceritakan tantang lepat ini. Kebetulan Kak Monie ada kacang dal langsung diberikan kepada Umi. Umi hantar lepat ini bersama-sama sambal tumis ikan bilis dua hari selepas diberikan. Boleh tahan rasanya kena dengan tekak Kak Monie.

gambar ihsan Kak Monie, resipi ihsan Umi





Resipi
1.5 kg ubi kayu - kisar @ parut
- tapis air dan ambil sagu
1 cawan kacang dal
- rendam 5-8 jam
- rebus dan kisar
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula putih
1/2 kotak santan
garam
daun pisang - layur
- gaul semua dan kukus
***lepat ini agak tawar dan lemak, dimakan bersama-sama sambal tumis

No comments:

Post a Comment