Sunday 31 October 2021

peminat Bond

Kemua 25 filem Bond Kak Monie layan setiap hari pagi sehingga malam. Berulang-ulang kali Kak Monie menonton sepanjang filem itu disiarkan (cuba juga rekod tetapi tidak dapat - Astro sekat he he he). Banyak juga lagi yang belum pernah Kak Monie tonton filem Bond dan yang sudah pernah tonton pun terlupa jalan ceritanya. Seperti biasalah hero-hero lama Bond - seteruk manapun kena belasah pun tetap steady hensem dan macho he he he.

Petikan rencana Astro Kak Monie sertakan berkenaan 

25 filem ikonik James Bond di saluran istimewa 007 dan 407 Astro - Astro On Demand (AOD) menerusi Ultra Box dan aplikasi Astro GO mulai 15 Oktober sehingga 7 November 2021

Sean Connery, Roger Moore, Pierce Brosnan atau Daniel Craig yang melakonkan watak ejen terkenal James Bond 007.
Antara filem ikonik ialah Dr No, From Russia With Love dan Goldfinger; oleh Sean Connery; On Her Majesty’s Service oleh George Lazenby; serta Live and Let Die dan The Spy Who Loved Me oleh Roger Moore.
Tidak ketinggalan filem License to Kill dan The Living Daylights oleh Timothy Dalton; GoldenEye, Tomorrow Never Dies, dan Die Another Day oleh Pierce Brosnan; serta Casino Royale, Skyfall dan Spectre oleh Daniel Craig.
“Sebagai tambahan, peminat boleh menyaksikan dokumentari ‘Everything or Nothing: The Untold Story of 007’, yang berfokus kepada tiga jejaka yang berkongsi impian yang sama – penerbit, Albert R. Broccoli dan Harry Saltzman, serta pengarang buku, Ian Fleming.
Sementara itu, Pengarah Kandungan, Astro, Agnes Rozario berkata, pelanggan-pelanggan stesen televisyen satelit pertama negara itu berhak mendapat pilihan hiburan yang terbaik.
“Sempena ulang tahun ke-25 Astro, kami berbesar hati bekerjasama dengan MGM untuk membawa pelanggan Movies Pack kami dengan hiburan yang pelbagai, dan tiada yang lebih baik daripada filem-filem aksi pengintipan James Bond yang mengujakan buat peminat merentasi zaman,” katanya lagi.
sumber : Astro

No comments:

Post a Comment