Monday, 10 December 2018

acar ikan masin

resipi ihsan Sinar


Resipi

ikan masin talang, kurau, merah
 - potong nipis atau potong besar
 - rendam air panas atau rebus untuk kurangkan masin
 - kemudian goreng garing
1/2 pek kecil rempah ikan
1/2 pek kecil rempah daging/ayam
1 tangkai karipole
1 cawan kismis
1 cawan lobak masin
1 senduk cuka
1 sudu besar gula
1 keping gula melaka/kabung
1 sudu besar serbuk perisa ayam
3 senduk minyak
sedikit ketumbar, jintan manis, jintan putih untuk menumis

bahan rempah kisar:
2 senduk ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 biji buah keras
- sangai atau bakar dalam ketuhar selama 10 minit
- kisar halus
- kemudian tambah cili kering 
10 biji cili kering
- yang dibuang biji dan rebus 

bahan kisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang kecil
1 inci halia

sayuran:
1 mangkuk bunga kobis
1 batang karot
- rendam dalam cuka selama 2 jam

bahan rendaman cuka:
cili padi kampung
cili padi Thai
bawang merah sebiji-sebiji
bawang putih sebiji-sebiji
- rendam dalam cuka selama 2 jam

bahan jeruk:
jeruk limau
jeruk pala
- hiris nipis

bahan hiasan:
2 sudu besar bijan
1 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil halba
- sangai atau bakar dalam ketuhar selama 10 minit

cara penyediaan:
- tumis ketumbar, jintan manis, jintan putih dan karipole
- masukan bahan kisar dan masak sehingga naik bau
- masukkan bahan rempah yang dikisar 
- masukkan rempah ikan dan daging yang dibancuh dengan sedikit air
- masak menggunakan api perlahan
- masak sehingga pecah minyak
- masukkan sayuran
- masukkan kismis dan lobak masin
- masukkan cuka, gula, gula melaka/kabung dan perisa ayam
- sejukkan kemudian tambah bahan rendaman cuka dan bahan jeruk 
- akhir sekali masukkan bahan hiasan
- simpan dalam botol kedap udara

***Anekdot
Bahan yang disertakan mengikut kuantiti dan cita rasa terutamanya pemilihan sayur-sayuran dan rempah ratus, boleh juga menggunakan bahan berbentuk serbuk untuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih supaya kerja lebih mudah dan cepat. Rasa manis, masin, masam atas kesesuaian cita rasa masing-masing.



rendang udang galah

Terima kasih Sinar kerana kongsi resipi rendang udang galah ni, memang sedap sehingga menjilat jari - kena jilat sebab bumbu kelapa lekat di jari he he he. Kak Monie belum pernah tahu, tengok apa lagi  makan rendang seperti ini, walaupun mak orang Perak. Boleh juga diganti dengan ayam atau ikan tongkol.

ihsan Sinar - rendang stail Perak katanya


Resipi

1 kg udang galah
1 kg santan
10 bawang merah - hiris
2 inci halia - hiris
4 asam keping
3 sudu besar kerisik
1 sudu besar perasa ayam
4 daun kunyit - hiris
garam
air

bahan kisar:
15 cili kering
10 bawang
2 inci kunyit
2 inci halia
8 serai - hiris (*boleh kisar dengan kelapa)

bumbu kelapa:
2 cawan kelapa
8 serai - hiris (*)
- goreng kelapa hingga kuning
- tumbuk tapi tidak perlu keluar minyak
- atau kisar bersama-sama serai

cara penyediaan:
- udang santan, bawang, halia dan bahan kisar 
- masak hingga separuh kering
- masukkan asam keping, garam, perasa ayam dan daun kunyit
- gunakan api perlahan 
- masak hingga agak kering
- keluarkan udang
- sambung masak sehingga bahan kering
- masukkan semula udang 

***Anekdot
Kepedasan ikut cita rasa dengan menambah cili padi atau lebihkan cili kering.


rendang tok

ihsan Sinar - sah-sah orang Perak


Resipi 

2 kg daging
 - potong 2 inci sebab daging akan mengecut
 - boleh dilembutkan dengan 
        - slow cooker
        - pressure cooker (Noxxa dan seangkatan dengannya)
        - dapur biasa menggunakan kuali besar selama 2 jam api kecil dan 2 jam api sederhana 

2 sudu asam jawa @ 2 asam keping
2 helai daun kunyit - disiat
1/2 senduk kerisik
1 ketul gula kabung/gula melaka
1 sudu makan serbuk perasa ayam
garam
2 helai daun salam (opsyenal)
kelapa dihiris memanjang dan disangai (opsyenal)

bahan kisar:
10-15 cili kering
6 bawang besar @ bawang Holland
5 bawang putih
8 batang serai - dihiris
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas (kisar asing dan perah buang air)

bahan disangai dan dikisar:
2 senduk ketumbar
1 senduk jintan manis
1 senduk jintan putih
10 pelaga
2 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 bunga cengkih
4 buah keras @ badam
1 sudu besar lada hitam

cara penyediaan:

***kaedah memasak dapur biasa dan daging yang belum dilembutkan
- masukkan semua bahan di dalam kuali
- masak 2 jam menggunakan api kecil 
- masak 2 jam menggunakan api sederhana dan selalu kacau

 ***kaedah memasak dapur biasa dan daging yang telah dilembutkan
- masukkan semua bahan di dalam kuali
- masak 2 jam menggunakan api sederhana dan selalu kacau

 ***kaedah memasak dengan pressure cooker (Noxxa)
- masukkan semua bahan 
- kebiasaan 40 minit untuk daging (agak lembut, buka tutup dan stir fry sehingga kering atau alihkan ke kuali dan kacau hingga kering)


kek hitam lagi

...kek gula hangus/kek sarang semut hanya dapat sediakan sebiji sebab kehabisan  telur  hu hu hu - hajat hati nak beri kawan sebiji kek tanpa dipotong, nanti datang lagi ye Sinar untuk kutip kek pula he he he



Resipi:

2 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh baking powder
ayak dua kali (kadang tak ayak, kacau je)

5 biji telur
1/3 tin krimer pekat
1 sudu teh vanila
*1/3 bar mentega (masuk dalam karamel)

karamel (sejukkan):
2 cawan gula kasar
2 cawan air panas
- tutup api masukkan 1/3 bar mentega

cara penyediaan:
- guna whisk untuk kocak telur
- masukkan tepung
- masukkan susu dan vanila
- akhir sekali masukkan karamel
- masukkan dalam Noxxa
- tahak sejam (ni tak sempat sebab tak cukup masa)
steam 20 minit
- tutup elektrik
- jangan buka tudung 
- biar dalam periuk Noxxa 20 minit lagi baru keluarkan kek
- semua sekali 40 minit

C&P

kek paling cantik di dunia

... Masya Allah seperti pengantin betul-betul orang - ada yang hantar whatsapp tentang kek ini yang disediakan oleh chef dari Lybia - menakjubkan, Allah beri bakat dan kelebihan kepada chef ini Masya Allah!!!


ais krim untuk kenuri

... ada peti sejuk besaq he he he - first girl dan first twin yang buatkan dan dapat disedekahkan untuk kenuri kahwin sebanyak 95 batang ais krim Malaysia, beri kepada puan asal peti sejuk 10 batang ais krim, puan peti sejuk sekarang simpan 13 batang he he he - ubat gemuk


persaraan

... Puan Norlina Abu Bakar yang telah bersara 30 November dan Puan Fauziah Mohsin yang akan bersara 2 Januari 2019 - selamat bersara untuk mereka berdua, makin berkurang ahli Kelas Agama Wanita