Sunday, 13 October 2019

peria berempah




Resipi
1 peria 
- potong rendam air garam
- ramas-ramas dan bilas
3-4 bawang putih
1/2 sud teh biji sawi
1 sudu besar rempah kari daging
1/4 cawan air
minyak
garam

- tumis bawang
- masukkan biji sawi
- masukkan rempah
- masukkan air
- masak sehingga rempah pecah minyak
- masukkan peria
- perasakan

petua peria


rendam air garam sekitar 15 minit, kemudian diramas-ramas agar keluar pahitnya, bilas dan tos.

Friday, 11 October 2019

pemberian

lompang sedap - Siti


petua lutut

..



PETUA 1
2 epal hijau
3 batang serai - ketuk
1 batang kulit kayu manis Ceylon
air 5 cawan
-masak selama 20 minit
- minum pagi dan malam

PETUA 2
3 sudu besar ketumbar/rempah biji
1 gelas air panas
- rendam atau rebus
- boleh gunan 2 kali 
- selepas diminum pertama kali 
- tambah 1 gelas air lagi
- minum pagi dan malam

PETUA 3
2-3 kapsul bawang putih
- makan sehari sekali



petua telur rebus

... untuk menghasilkan telur yang cantik dan licin, antaranya

1. selepas direbus buangkan air dan rendam dalam air paip.
2. selepas direbus buangkan air dan rendam dalam air ais.
3. semasa merebus letakkan garam.
4. semasa direbus letak asam keping.
5. semasa direbus letakkan sedikit minyak masak supaya telur berkilat.
6. direbus betul-betul dan telur perlu tenggelam semuanya
7. rebus 15 minit, buang air dan rendam dalam air paip
8. semasa merebus letakkan cuka.
9. semasa merebus letakkan garam dan cuka, api paling kecil.
10. kupas telur rebus di bawah air mengalir ketika masih suam.
11. biarkan telur yang dibeli selama 2 hari baharu direbus.
12. semasa merebus letakkan garam dan minyak masak.
13. kukus telur.
14. didihkan air baharu masukkan telur.

pes Naim

pemberian Luq


... berasal jauh di Tanjung Dawai, Kedah tetapi telah dibawa ke sini dan boleh didapati seperti di alamat berikut: 

Usrahmarts,
No 1-G-16, Wisma Mais,
Seksyen 13,
40000 Shah Alam,
Selangor
016-9060100

Terdapat dalam pelbagai pes
gulai ayam/daging
gulai ikan
kurma
asam pedas
rendang
sup
masak hitam
ikan sumbat

Monday, 7 October 2019

penjan

... resipi asal dari Perak. Kak Monie goggle je resipi, banyak yang menggunakan karamel. Kak Monie cuba buat cara trasional menggunakan gula merah tapi campur sedikit gula kabung ... Rasa asal tak pasti tapi yang ini sangat sedap.


Resipi dan cara pembuatannya agak-agak sahaja. Rebus ubi jangan sampai lembik (lebuih). Air gula dimasak sampai agak likat (bertali) dan daun pandan untuk mendapatkan bau wangi pandan.

Kak Monie buat empat ketul sahaja sebab nak merasa sangat penjan ni - ternampak gambar penjan lalu lalang di FB membuatkan rasa teringin. 

Kak Monie masak air gula merah dan tapis kemudian masukkan sedikit gula kabung dan daun pandan. Masak daripada buih besar sehingga bertukar menjadi buih kecil baru masukkan ubi rebus.

SEDAP? - tekak Kak Monie memang sedap sebab Kak Monie peminat gula merah seperti apam, inti kelapa, serawa mesti dengan gula merah. Boleh buat lagi cuma Kak Monie alah  dengan ubi kayu ni - kentut!!!






buih besar



buih kecil