... resipi asal dari Perak. Kak Monie goggle je resipi, banyak yang menggunakan karamel. Kak Monie cuba buat cara trasional menggunakan gula merah tapi campur sedikit gula kabung ... Rasa asal tak pasti tapi yang ini sangat sedap.
Resipi dan cara pembuatannya agak-agak sahaja. Rebus ubi jangan sampai lembik (lebuih). Air gula dimasak sampai agak likat (bertali) dan daun pandan untuk mendapatkan bau wangi pandan.
Kak Monie buat empat ketul sahaja sebab nak merasa sangat penjan ni - ternampak gambar penjan lalu lalang di FB membuatkan rasa teringin.
Kak Monie masak air gula merah dan tapis kemudian masukkan sedikit gula kabung dan daun pandan. Masak daripada buih besar sehingga bertukar menjadi buih kecil baru masukkan ubi rebus.
SEDAP? - tekak Kak Monie memang sedap sebab Kak Monie peminat gula merah seperti apam, inti kelapa, serawa mesti dengan gula merah. Boleh buat lagi cuma Kak Monie alah dengan ubi kayu ni - kentut!!!
buih besar
buih kecil
No comments:
Post a Comment