... hari ini tetapi sambut semalam di Pizza Hut
Sunday, 28 January 2018
sambal kacang hijau
...satu hari nampak video life di FB dalam group Masak Apa Hari Ini - Datin Nor (Dtn Nor) orang Kedah menunjukkan cara memasak masakan ini. Resipi wajib bagi keluarga Datin di pagi raya untuk dimakan bersama-sama nasi himpit - lama juga nak masak kacang hijau sehingga empuk. Hai! Kak Monie orang Kedahpun tak pernah dengar resipi ni dan apalagi ini menu pagi hari raya. Kak Monie goggle dan terdapat persamaan dengan resipi dari negara jiran. Mungkin Datin ni keturunannya dari sana. Apapun Kak Monie terpanggil untuk mencuba - Datin Nor #masakagak2aje# terima kasih kongsi resipi.
resipi:
5 cawan kacang hijau
9 batang serai - racik
3 bawang besar - mayang
15 cili padi - potong
4 cili merah - potong
2 sudu makan udang kering
10 ekor udang
1 pek kecil suun
2 asam keping
2 helai daun pandan
1 pek kecil santan (RM2.50)
2 senduk minyak masak
garam, gula dan air
***Anekdot
Resipi asal seperti di bawah ni, Kak Monie tak masukkan daging dan serbuk perasa (memang tak pernah beli) sebab baru je makan ubat darah tinggi yang kandungan mg masih rendah - mungkin dengan menjaga pemakanan akan dapat menyah pengambilan ubat. Insya Allah.
Resipi asal:
1 kg kacang hijauResipi asal:
- rendam 9 jam
- buang sebahagian kulit
600 g daging
500 g udang
2 tin susu cair
3 pek suun
4 bawang besar
2 asam keping
serai (nampak banyak yang digunakan)
segenggam udang kering
cili padi
cili merah
bawang putih
daun pandan
minyak masak
garam, gula, air, serbuk perasa
- tumis bawang dan daun pandan
- masukkan daging dan 1/2 serai
- agak naik bau masukkan 1/2 serai, cili dan udang kering
- agak daging 1/2 masak masukkan kacang hijau dan susu
- dah empuk kacang masukkan suun
- akhir sekali masukkan udang dan asam keping
- perasakan
*jika perlu tambah air untuk kacang hijau empuk
asam pedas pelutan rempah biji
atau ikan mayung dengan tambahan jintan manis dan ketumbar.
Resipi
kepala ikan pelutan - basuh rendam asam jawa
3 sudu makan cili kisar
daun kesum
bendi
tomato
1 sudu makan jintan manis - sangai dan tumbuk
1 sudu besar rempah biji @ ketumbar - sangai dan tumbuk
2 cawan air + 2 sudu makan asam jawa
2 senduk minyak
garam
bahan kisar:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci belacan
- tumis bahan kisar, cili kisar, jintan dan ketumbar
- masak sehingga pecah minyak
- masukkan ikan (sebab ikan ni agak keras)
- masukkan air
- hampir masak masukkan sayur
Resipi
kepala ikan pelutan - basuh rendam asam jawa
3 sudu makan cili kisar
daun kesum
bendi
tomato
1 sudu makan jintan manis - sangai dan tumbuk
1 sudu besar rempah biji @ ketumbar - sangai dan tumbuk
2 cawan air + 2 sudu makan asam jawa
2 senduk minyak
garam
bahan kisar:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci belacan
- tumis bahan kisar, cili kisar, jintan dan ketumbar
- masak sehingga pecah minyak
- masukkan ikan (sebab ikan ni agak keras)
- masukkan air
- hampir masak masukkan sayur
innalillah... Che Nor
Prof. Dr. Che Noraini Hashim dari UIAM meninggal dunia pada hari Jumaat 26 Januari 2018. Beliau dan suaminya kenalan suami Kak Monie yang sama-sama menuntut di UIA batch pertama. Kak Monie pernah jemput beliau untuk memberikan tazkirah untuk Kelas Agama Wanita pada hari Jumaat kerana kebetulan tiada ustazah pengganti dan pada Jumaat minggu kelima.
Kematian yang sangat baik iaitu pada hari Jumaat, selepas solat Zuhur berjemaah bersama-sama adik beradiknya dan usai membaca surah Kahfi beliau rebah di atas sejadah. Almarhum ialah isteri kepada Dr. Syed Azman ADUN Batu Buruk.
Kematian yang baik pada hari yang baik - semoga Allah golongkan Allahyarham dalam kalangan orang yang soleh dan beriman.
petua kerang
...agar nampak cantik semasa menghidang
- masak air sehingga mendidih
- masukkan kerang dan garam
- masak sekitar 3 minit sahaja
- tutup api
- buang air panas
- masukkan ais (boleh juga guna air sejuk)
- toskan
- kopek kulit dan hidangkan
gambar ihsan Adylanaufal
- masak air sehingga mendidih
- masukkan kerang dan garam
- masak sekitar 3 minit sahaja
- tutup api
- buang air panas
- masukkan ais (boleh juga guna air sejuk)
- toskan
- kopek kulit dan hidangkan
ubian
... terima kasih Sikin kerana kenalkan Kak Monie ubi-ubian ini
ubi kemili (memang dah kenal)
ubi badak
ubi itik
buah nam-nam, orang pantai timur panggil buah katak puru
Tuesday, 23 January 2018
Monday, 22 January 2018
dah datang hinggap
7 Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi TANPA Ubat - Kevin
Zahri
Anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi? Berikut
merupakan info angka bagi setiapa yang mempunyai tekanan darah tinggi, yang
perlu diketahui oleh setiap orang. Tekanan darah yang tinggi, sekiranya tidak
dirawat, boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang
dan demensia.
Kehidupan kita dipenuhi dengan angka dan nombor. Nombor
kad pengenalan, nombor pin, tarikh lahir, tarikh tutup, masa, nombor telefon
(nasib baiklah ada telefon pintar untuk membantu mengingatnya!). Begitu juga
dari segi kesihatan dan tubuh badan kita, angka-angka seperti berat badan,
ketinggian, tekanan darah, saiz pinggang – memainkan peranan sebagai indikator
mengenai keadaan kesihatan dan kecergasan seseorang.
Berikut merupakan info angka bagi setiapa yang mempunyai
tekanan darah tinggi, yang perlu diketahui oleh setiap orang.
Tekanan Darah (Hypertension)
Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali
sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan
tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang.
Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok,
penyakit buah pinggang dan demensia.
Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti
sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.
- Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg
atau lebih rendah.
-140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan
darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan
sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh
anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan
rehat.
7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi
Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan
untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah
tip-tip berikut:
11. Kurangkan
berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan.
Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi
kesan ubat pemberian doktor.
22. Bersenamlah
dengan kerap. Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling
kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat
badan.
33. Kurangkan
pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang
serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan
jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon
sudahpun mengandungi 2.3g!
44. Jangan
merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg
sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun
lebih tinggi sepanjang masa.
55. Kurangkan
Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan
tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah
tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok
dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang
berpanjangan.
66. Amalkan
diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal
dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh
amalkan:
* Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh
mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan
berat badan.
* Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang
kecil.
*Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang,
buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
* Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah
tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda
kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti
makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan
tingkatkan pengambilan serat.
* Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia
dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium
yang baik dan mudah didapati.
* Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
77. Jangan
leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk
memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah
hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan
sekali.
paprik
resipi ihsan Azilah
Resipi
1/2 ayam - potong kecil
cili kisar
bawang besar
bawang putih
sos tomato
kicap
bawang Holland
gula
kacang panjang, bunga kobis dan karot
Monday, 15 January 2018
rai kawan pencen
... Habibah dan Mohd Ali, di Restoran Dulang Emas, terima kasih kepada yang belanja - sambung selepas kenuri di Laman Pengantin
Habibah datang dari Sik, Kedah hadir kenuri dan ada surprise
vietnamise rice paper rolls
tua-tua tak larat nak makan - tengok je le
Subscribe to:
Posts (Atom)