7 Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi TANPA Ubat - Kevin
Zahri
Anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi? Berikut
merupakan info angka bagi setiapa yang mempunyai tekanan darah tinggi, yang
perlu diketahui oleh setiap orang. Tekanan darah yang tinggi, sekiranya tidak
dirawat, boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang
dan demensia.
Kehidupan kita dipenuhi dengan angka dan nombor. Nombor
kad pengenalan, nombor pin, tarikh lahir, tarikh tutup, masa, nombor telefon
(nasib baiklah ada telefon pintar untuk membantu mengingatnya!). Begitu juga
dari segi kesihatan dan tubuh badan kita, angka-angka seperti berat badan,
ketinggian, tekanan darah, saiz pinggang – memainkan peranan sebagai indikator
mengenai keadaan kesihatan dan kecergasan seseorang.
Berikut merupakan info angka bagi setiapa yang mempunyai
tekanan darah tinggi, yang perlu diketahui oleh setiap orang.
Tekanan Darah (Hypertension)
Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali
sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan
tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang.
Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok,
penyakit buah pinggang dan demensia.
Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti
sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.
- Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg
atau lebih rendah.
-140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan
darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan
sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh
anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan
rehat.
7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi
Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan
untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah
tip-tip berikut:
11.Kurangkan
berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan.
Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi
kesan ubat pemberian doktor.
22.Bersenamlah
dengan kerap. Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling
kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat
badan.
33.Kurangkan
pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang
serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan
jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon
sudahpun mengandungi 2.3g!
44.Jangan
merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg
sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun
lebih tinggi sepanjang masa.
55.Kurangkan
Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan
tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah
tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok
dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang
berpanjangan.
66.Amalkan
diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal
dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh
amalkan:
* Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh
mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan
berat badan.
* Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang
kecil.
* Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah
tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda
kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti
makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan
tingkatkan pengambilan serat.
* Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia
dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium
yang baik dan mudah didapati.
* Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
77.Jangan
leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk
memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah
hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan
sekali.
No comments:
Post a Comment