Sunday, 11 February 2018

sambal kacang hijau 2

...buat derhaka pada cara pembuatan hu hu hu frust  tetapi tidak pada bahannya - rasa rugi sangat (rupa kejadiannya orang utara panggil 'benyai' tetapi rasa memang sedap). Nanti Kak Monie akan cuba lagi sampai puas hati, jenuh pula nak dihabiskan. Mangsa dalam rumah pun mungkin kembang tekak dan terpaksa jadi DBKL pula dah. Apapun mama depa suka buat, lepas ni buat sikit je lah tapi tak syok pula macam lekat tepi kuali je!

Pautan SINI untuk capaian menu sebelum ini






resipi:
7 cawan kacang hijau - rendam 10 jam
 - tapi derhaka pula, high pressure 5 minit, jadi lembut pula hu hu hu, sepatutnya tak perlu pun sebab dah elok lembutnya
1/2 kg daging - high pressure 30 minit
17 batang serai - racik
3 bawang besar - mayang
30 cili padi - potong
6 cili merah - potong
segenggam udang kering
15 ekor udang
2 pek kecil suun
6 asam keping
1 pek santan kotak (200 ml)
2 senduk minyak masak
garam dan gula

- tumis bawang, cili dan serai
- agak naik bau masukkan udang kering dan daging, kacang hijau dan santan 
- akhir sekali masukkan suun, udang dan asam keping
- perasakan manis masin
- kacang empuk tak perlu air tetapi lama kelamaan suun serap air, ok je


hummus

Twin masak sebab mereka sangat suka, tau-tau mereka beli kacang kuda dan tahini. Dulu Kak Monie pernah buat tetapi mungkin mereka di asrama. Ni resipi yang mereka hasilkan, Kak Monie cuma rebus kacang kuda dalam Noxxa - rendam 24 jam dan high pressure 30 minit. Twin kisar dengan food prossessor tetapi tak tanya pula, nanti akan disertakan resipinya.



Monday, 5 February 2018

gulai darat

... nama rempah - rempah darat!


Resipi
8 ketul ayam
4 sudu makan rempah darat - tambah air jadi pes
1 inci halia - mayang
1 biji bawang besar -  mayang
5 ulas bawang putih - mayang
2 sudu makan cili kisar
3 sudu makan susu pekat
2 pelepah daun kari
1/2 kotak kecil santan
garam, air dan minyak

-  tumis bawang, halia dan daun kari
- masukan pek kari dan masak hingga pecah minyak
- masukkan ayam
- bila ayam empuk masukkan semua yang berbaki

***sengaja guna susu pekat - boleh guna gula, gula kabung, madu dsb.

Thursday, 1 February 2018

pasembur

...jalan pintas he he he. Rencah mi bandung yang diberikan oleh keluarga dari Muar semasa menghadiri majlis perkahwinan Oktober lepas. Berat bersih 800 g dan Kak Monie dah membuat kuahnya tetapi masih banyak lagi rencahnya. Rencah pada bahannya bersamaan dengan resipi untuk kuah  pasembur (kacang tanah, cili, udang kering)  hanya tambah air asam jawa dan gula kabung.





Resipi:
200 g rencah mi bandung
600 g ubi keledek oren
air asam jawa
air
- rebus ubi dan kisar
- masuk semua dan masak

cucur:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu makan gula
1 bawang besar - dadu
2 cili hijau - potong
segenggam udang geragau
1 sudu kecil yis kering
2 sudu besar asam jawa
gula, garam, air dan minyak

- gaul dan rehat 2 jam
- goreng sesenduk dalam minyak panas

asesori:
sengkuang
timun
karot
telur rebus
tauhu, taugeh (tak dak jangan citer)

rendang rempah

...hemmm bolehlah untuk tukar selera, twin kata ni lebih sedap!



Resipi
1 ayam
2 sudu besar rempah
1 kotak kecil santan
1 keping gula melaka
daun kunyit
daun limau purut dan minyak masak
garam, air

bahan kisar:
3 batang serai
3 bawang besar
5 bawang putih
2 inci kunyit
1 inci halia
15 biji cili padi

- tumis bahan kisar sampai naik bau
- masukkan rempah dan air
- masukkan ayam
- bila ayam empuk masukkan semua yang berbaki

pemberian

...Farhani


supermoon

31 Januari 2018, malam itu kawasan Kak Monie hujan lebat dan bulat memang tidak kelihatan dengan mata kasar tetapi masjid dan surau di sekitar mendirikan solat gerhana bulan. 


Gambar tiada kaitan dengan cerita, Kak Monie nak kongsi - ihsan daripada Ani, gambar di Kalilas Manaasa Sarovar (sempadan Tibet dan China) aras laut 5560 m pukul 3.30 pagi - kredit kepada jurugambar, Kak Monie kongsi keindahan ciptaan Allah - Masya Allah



gambar yang diambil pada malam gerhana bulan di Kuantan - gambar ihsan Fatimah