Wednesday, 29 May 2013

tenggiri kicap lemak masin

Kak Monie terjumpa empat ketul tenggiri di dalam peti sejuk yang dibeli sekitar dua minggu lepas. Terfikir nak makan yang gelap-gelap tetapi pedas. Maka terhasillah masakan ni. Kadang-kadang memasak ini mengikut gerak hati dan yang paling penting perut dapat menerimanya. Ada pendapat mengatakan memasak dengan hati, maka makanan akan menjadi lebih sedap!


Resipi:
4 ketul tenggiri
5 biji bawang putih
4 sudu cili kisar
2 cm halia diketuk
10 sudu makan kicap lemak manis
10 sudu makan kicap cair
1/2 cawan air
1 senduk minyak zaiton

Cara-caranya:
- Tenggiri digaul dengan garam dan kunyit lalu digoreng. Ketepikan.
- Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan air, kicap dan masak sehingga kuah pekat.
- Akhir sekali masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.

***Anekdot
Tidak perlu menambah garam atau gula kerana kicap-kicap telah sedia masin dan manis.

No comments:

Post a Comment