Saturday 23 June 2018

dodol kukus

gambar ihsan Zakri Zakaria


tahi minyak


Menerusi laman Facebook Kak Monie terjumpa cerita berkenaan tahi minyak boleh dibuat apa yang ditanya oleh sorang nitizen dalam group Masa Apa Hari Ini. Pelbagai masakan yang dicadangkan antaranya kole kacang, rendang (ganti kerisik), sambal, masakan bersama terung pipit, lepat pisang dan dodol kukus.

Kak Monie pun bertanya tentang dodol kukus - dua orang nitizen beri respon dan dimaklumkan bahawa resipi dodol kukus ni dari Pahang. Tambah satu ilmu Kak Monie.


Resipi Dodol Kukus
 Puan Noor Aida Kamaruddin



bahan A:
1 cawan santan pekat
- buat tahi minyak
- masak sampai pecah minyak
- jangan kacau sebab nanti kurang tahi minyak
- tahi minyak tak perlu garing
- yang perlu tahi minyak muda

bahan B:
daun pisang - layur supaya tak pecah

bahan C:
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
- masak dan sejukkan

bahan D:
2 cawan tepung pulut
1 sudu makan tepung ubi
1 1/2 cawan sanan
- campur semua
- masukkan dalam bahan C - tapis

cara penyediaan:
- panas kukusan
- sapu minyak dari tahi minyak pada daun pisang
- letak dalam loyang
- tuang aduan atas daun pisang
- kukus, nak pasti dan masak
- adunan nampak licin dan tak melekat pada jari
- sejukkan dan tabur tahi minyak


Resipi Dodol Kukus
  Puan Ruzita Mahdin adik Puan Rusmah Mahdin





bahan A:
1 keping gula kabung sebesar tapak tangan
3 helai andan
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
- masak dan sejukkan

bahan B:
santan dari seiji kelapa
1 pek tepung pulut
1/2 pek tepung pulut hitam
- campur semua
- masukkan dalam bahan A
- adunan agak seperti bancuhan tepung goreng pisang

bahan C:
santan dari sebiji kelapa
secubit garam
- buat tahi minyak

cara penyediaan:
daun pisang atas dlam piring atau loyang
- letak adunan dan kukus
- dah masak tabur tahi minyak


Resipi Lepat Pisang
 - Puan Rusmah Mahdin

1 sisir pisang emas
1 acwan tepung beras
1/2 cawan tahi minyak
1/2 sudu makan gula
garam
- buat seperti lepat pisang - camput semua
- boleh letak kelapa parut di tengah lepat

Lain-lain masakan/resipi/cara makan
* makan gitu je
* makan gitu + gula
* makan dengan mangga muda
* ganti kerisik
* makan dengan pulut
* kiuh tepung bungkus, bahagian tepung pulut + tahi minyak
* serunding ikan bilis
* goreng pucuk paku
* sambal - tumbuk cabai, bawang putih, garam - goreng
* sambal tumis tabur daun kunyit
* sambal - daun kaduk, serai, daun kunyit, cili, santan
* sambal + belimbing buluh
* sambal + ulam, petai, terung pipit, ikan bilis
* makan dengan nasi panas-panas
* sambal - tumis dengan cili padi
* sambal tumis ikan bilis + terung pipit
* sambal udang
 - bawang merah bawang putih, cili padi - tumbuk
 - tumis dengan minyak dan tahi minyak
 - ketuk serai
 - garing letak udang
 - kacang panjang potong nipis-nipis
 - garam, gula
* sambal
  - bawang, serai, lengkuas, cili kering, jintan manis, tahi minyak - tumbuk
  - tumis bawang masukkan bahan tumbuk
  - masukkan air asam jawa, garam dan gula


kole kacang 
Puan Saimah Abdullah



No comments:

Post a Comment