Thursday 21 June 2018

praraya

 ...hari Khamis 14 Jun, sehari sebelum hari raya di Kampung Permatang Janggus, Penaga - satu kg pulut dan 4 mangkuk santan. Mak chik buat sorang-sorang daripada mesin kelapa, kait daun pisang, layur, balut dan masak ketupat daun pisang atas dapur kayu


membalut ketupat daun pisang





yang bertali pisang ketupat kacang, yang lain ketupat biasa


Lopes Kak Monie buat daripada mula, kira A-Z he he he. Mak cik baru campur tangan ketika membungkus. Kisar daun pandan, tanak pulut, kait dan layur daun pisang, balut lopes, cewah nak bagitau dunia le tu he he he


1 1/2 kg @ 4 mangkuk pulut & 4 mangkuk air daun pandan



 

1/2 kg kari daging - Kak Monie yang sediakan semuanya tetapi mak chik yang pantau. Kita ada Noxxa tapi mak chik guna rice cooker je...no hal, jadi juga kari 



2 ekor ayam masak merah


ayam phat phet macam bunyi ayam pok pet

No comments:

Post a Comment