Kak Monie masak resipi ini di pagi hari raya Aidiladha sebab nak merasai kesegaran masakan ini - boleh tahan rasanya.
ihsan Norsiah
sebelah kaki itik ini ikut perkembangan daripada mentah sampai masak he he he
kaki itik - memang mengikuti kaki itik ini dari awal he he he
RESIPI
itik besar sekitar RM26.00 seekor
(resipi asal didarab dua)
bahan kisar:
51 biji cili padi
1 kg bawang besar (sekitar 5-6 biji)
1 labu bawang putih
2 sudu besar lada hitam
- kisar halus
3 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk jintan manis
4 sudu besar serbuk kari daging
1/2 keping gula kabung
garam
air
minyak
bahan tumis:
3 bunga lawang
2 kulit kayu manis
40 pelaga (saiz kecil)
1 bawang besar
- tumis bahan
- masukkan rempah-ratus
- masukkan sedikit air
- masak sehingga pecah minyak
- masukkan itik dan air agak tenggelam itik
- masak sehingga itik lembuk sekitar 1 jam 20 minit
- perasakan
***ANEKDOT
agak lama juga itik empuk sekitar satu jam, Kak Monie guna daun lembut daging. Rasa nak guna Noxxa tapi nak cuba cara biasa sebab itik ni besar. Kak Monie guna kuali saiz 20 inci sebab bagi itik selesa kikiki
No comments:
Post a Comment