...geng angkut Kak Monie pi Yan iaitu di Sungai Limau, Teroi dan terus ke Teluk Kecai cari laksa dan pulut sambal. Kali terakhir Kak Monie datang 40 tahun lepas hu hu hu bujang trang tang tang lagi masa itu. Ketika itu rumah kampung dalam kawasan bendang dan di bawah rumah dapat dilihat kebuk laksa. Keistimewaan laksa ini ialah sambal nyior/kelapa membuatkan kuah laksa terasa lemak yum yum yum.
Laicikang yang sangat sedap kena dengan tekak Kak Monie - asal nak kongsi je kemudian minta sorang satu, tak mau kongsi-kongsi lagi.
No comments:
Post a Comment