Friday, 12 February 2016

kuih lobak putih 1

@ Kuih Lobak Que Putih (saja bagi glem gitu - peringkat awal Kak Monie berikan nama tu, kut nanti kata curi tagline pula he he he

Nama lain dalam bahasa asal dan pinjaman @ Radish Cake @ Lo Bak Go @ Law Bock Gow, kerana tiada nama Melayu - ni hah Kak Monie berikan nama dieee...

Kuih LOBAK QUE PUTIH








Buat carian dan biasalah Kak Monie derhaka kepada resipi. Resipi asal menggunakan sosej cina (tak halal ma!). Sebagai tambahan Kak Monie masukkan kiub ayam untuk mendapatkan rasa 'manis' atau sepatutnya kiub bilis (kita yang buat dieee kan!)

Resipi:
1 lobak putih - sagat/parut = 500 g
250 g tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
100 g @ 7 keping Shitake - cincang
100 g udang kering - rendam
1 kiub ayam
1 bawang besar
900 ml air
garam

cara:
Lobak putih, pilih yang pecah sebab banyak kandungan airnya.
Sagat/parut lobak dan timbang sekali isi dan airnya (bau lobak sagat ni memang sedap).
Setengah sukatan lobak untuk sukatan tepung beras, contoh 500 g bahagi 2 = 250 g. 
Dalam mangkuk masukkan tepung beras dan tepung jagung.
Masuk 750 ml air dan kacau supaya tidak bergentel / berketul.

Goreng shitake dan angkat.
Goreng udang kering dan angkat.
Goreng bawang, masuk lobak, kiub ayam dan masuk 150 ml air - masak sehingga lobak bertukar warna menjadi agak jernih.
Masuk bahan yang digoreng.
Masuk bancuhan tepung dan sedikit garam.
Masak sehingga agak pekat tetapi jangan sampai jadi berketul.
Sediakan loyang yang disapu minyak.
Curah adunan dan kukus selama 30-40 minit.
Cucuk dengan lidi dan jika tidak melekat - masaklah tu.


***Anekdot
Tiadalah boleh Kak Monie menggorengnya kerana terlalu lembut - tetapi sangat enak dimakan bersama-sama sos cili.
Nanti Kak Monie buat lagi dengan mengurangkan kandungan airnya - orang sekarang kata SEDAP GILER...

terlembik


No comments:

Post a Comment