...terdapat 10 biji kentang di dapur, macam-macam rasa nak buat, pai, karipap tetapi dah nampak nak tumbuh pokok makan terpaksalah cari idea. Isi ayam pun banyak dan ada baki 2 bungkus roti arab lebihan twin makan dengan hummus. Kak Monie kukus air dan setelah mendidih letak roti arab sekitar seminit terus roti jadi lembut, cicah dengan keema ni. Bahan keema tak cucup syarat jadinya gunalah apa yang ada dalam peti sejuk dan rasanya sedap (KPI anak-anak) he he he
Resipi:
3 cawan isi ayam - dadu
5 kentang - dadu
1 bawang holland - dadu
2 tomato - dadu
1 batang kulit kayu manis
5 pelaga
5 cengkih
3 bunga lawang
1 sudu makan garam
1 sudu makan gula
3 senduk minyak
pes:
3 sudu makan serbuk rempah kari ayam
1 1/2 sudu makan serbuk jintan putih
1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
1 1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1 1/2 sudu makan serbuk jintan putih
1 1/2 sudu makan serbuk mandy
2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan cili kisar
- tumis bawang dan 4 sekawan
- masukkan pes
- masukkan air sehingga pecah minyak
- masukkan air, tomato dan kentang
- masukkan ayam
- perasakan
No comments:
Post a Comment