... meat luncheon. Kak Monie beli ketika ke kilang semasa sesi lawatan ke KIMA, Gombak. Lepas ni tak tahu nak cari di mana, daging buatan orang Melayu dan rasanya yang pertama di Malaysia. Kak Monie beli serba satu ayam, daging dan kambing, sementara dapat satu percuma daging.
Biasa tengok di rak pasar raya semua buatan luar negara dan Kak Monie pernah tolong belikan dua kali atas permintaan kawan berbangsa cina sekitar 15 tahun lepas. Sib dia tak kirim yang daging satu lagi tu he he he.
Resipi
1 tin daging
1 biji bawang besar - dadu
7 biji cili padi - potong halus
3 tiub tauhu telur - potong 8-9
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada sulah
1 senduk minyak
1 senduk air
- goreng tauhu dan angkat
- tumis bawang
- masukkan daging
- masukkan sos dan kicap
- masukkan yang berbaki
No comments:
Post a Comment