Twin ke rumah rakan yang akan menyambung pelajaran di Yaman. Mereka dijamu masakan ini dan mak rakan mereka yang mengusahakan kedai masakan thai berkata menu ini kalau dijual agak mahal sekitar RM40.00. Twin beritahu rupa masakan seperti masak tempoyak ikan patin - mama twin pertama kali dengar nama masakan ni.
Kak Monie buat carian resipi di internet kemudian olah berdasar kesesuaian. Ada yang menggunakan cili kering, daun limau purut, daun kesum, asam jawa, asam keping, lengkuas, halia dan lain-lain. Bila tenung resipi terasa kemungkinan bau herba akan mendominasi rasa, agak-agaknyalah.
Biasalah guna tekak twin jadi pengukur S.O.P tentang rasa dan mereka minta tambahkan garam dan gula sedikit lagi. Hasilnya memang sedap tetapi agak pedas bagi Kak Monie tetapi twin minta kalau buat lagi pun kekalkan kepedasan yang sama (nampak gaya macam nak lagi ni he he he). Sekitar tiga jam selepas itu dah kurang pedas. Esok agaknya lebih sedap, kalau ada lagilah.
Tanya twin rupa betul tak? Rasa betul tak? Kangkung banyak ni betul tak? Kuah macam ni betul tak? Jawab twin semua betul cuma rasa hampir-hampir sama. Nak tau apa rasanya - manis, masam dan pedas. Sedap!!!.
Tanya twin rupa betul tak? Rasa betul tak? Kangkung banyak ni betul tak? Kuah macam ni betul tak? Jawab twin semua betul cuma rasa hampir-hampir sama. Nak tau apa rasanya - manis, masam dan pedas. Sedap!!!.
1 ekor sikap - potong 5 rendam asam jawa
5 batang kangkung - potong 2
1/2 nanas - potong besar seperti masak pajeri
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 limau nipis - jus
3 sudu makan gula kabung
2 serai - ketuk
2-3 cawan air
garam
bahan kisar
6 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci belacan
1 inci kunyit
2 biji cili merah
13 biji cili padi kampung
2 senduk air
- rebus bahan kisar, serai dan serbuk jintan putih
- masak sekitar 5 minit untuk menghilangkan bau maung cili
- masukkan air
- masukkan nanas, garam dan gula
- masukkan ikan
- akhir sekali masukkan kangkung dan jus limau
No comments:
Post a Comment