Resipi
2 ekor ikan duri
- basuh dan rendam dalam air + 2 sudu besar cuka
12 sudu besar cili kisar
daun kesum
daun kari
2 sudu besar gula kabung
1 sudu besar garam
1 sudu teh pati asam jawa
1 inci halia - ketuk
2 batang serai - ketuk (tak ada dah habis)
2 senduk minyak
2 cawan air
1 sudu besar rencah perasa
karot (sebab bendi dan terung dah habis)
bahan kisar:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit
1 inci belacan
21 biji halba
60 biji lada hitam
- panas minyak dan masukkan halia ketuk
- masuka bahan kisar dan masak hingga pecah minyak
- masukkan ikan sekitar 5 minit
- masukkan air dan tunggu mendidih
- masukkan semua yang berbaki
** Kak Monie kira halba dan lada hitam sebab selalu buat tak pandai nak agak, dan kali ini halba pun dikisar sebab tak nak bersampah kuah he he he. Halia dilebihkan sebab jenis ikan yang berbau tetapi selepas dimasak langsung tak berbau - bagi Kak Monie ikan duri lebih sedap daripada ikan pulutan/mayung
No comments:
Post a Comment