...dan sambut besdey first son di Al-Diafah, Sri Petaling. Mudah parking sebab tidak ada kereta langsung pada hari tu. Kereta sedia ada sebiji je dan kereta kami menyusul dua biji. Masa kami sampai ada 5 meja berpenghuni dan semasa kami sedang menunggu makan dan ketika makan menyusul empat kumpulan lagi. Makanan memang sedap, bak kata anak saudara, kalau dekat dengan rumah memang selalulah datang sini. Kebiasaannya memang susah parking di sini, banyak kedai dan warung sekitar bangunan ini.
First son, anak saudara dua orang dan mama Tipah pertama kali datang tetapi makanan memang dah biasa makan sebab twin selalu bawa balik jika ada lebihan selepas acara di Matis. Kak Monie dapat nasi sahajapun dah suka tak terkata, goreng ayampun dah memadai.
First girl belanja sebab dapat gaji pertama di tempat baharu, rasa dia keciwi dapat lump sum (rasa banyak kut, ye le dok dengan mama bukan bayar sewa, air, elektrik he he he). Sebelum ni kerja dapat gaji 2 - 3 kali sebulan, dua minggu lepas baharu dapat gaji kedua untuk bulan Oktober 2018, bulan November tak pasti lagi bila dapat (kalau ada tu rezeki)
No comments:
Post a Comment